• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Besar Gred DG52 Tak Akan Kembali Mengajar

oleh Mohd Arshad
29/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Guru Besar Gred DG52 Tak Akan Kembali Mengajar
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM : Guru besar yang bertugas pentadbir sekolah yang menyandang gred DG52 tidak akan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Radzi berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan di peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.

“Guru-guru besar yang yang sudah capai gred ini (DG52) jangan risau, cikgu akan kekal sebagai guru besar untuk tempoh yang ada.

“Perinciannya itu akan diumumkan kemudian dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Eksplorasi Alam Lestari III di Pusat Perlindungan Hidupan Liar (PKHL) Sungkai di sini hari ini.

Beliau berkata, data berkenaan jumlah guru yang terbabit sedang dalam proses semakan.

Katanya, pihaknya yakin langkah itu tidak akan mengganggu proses kenaikan pangkat guru lain.

“Dalam konteks ini, memandangkan mereka pentadbir sekolah, tidak mengapa kerana ada pentadbir yang bersara dan ada baru yang dipilih (isi kekosongan).

“Perkara ini akan berterusan di peringkat guru besar dan kita akan lihat nanti, Insya-Allah tidak akan timbul masalah dalam perkara berkenaan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Adnan Mat meminta Radzi mengkaji semula dakwaan bahawa guru besar sebagai pentadbir yang menyandang gred DG52 akan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah.

Media turut melaporkan kira-kira 200 guru besar di Semenanjung yang akan dinaikkan ke gred DG52 dalam tempoh dua tahun ini buntu memikirkan nasib mereka yang dikatakan akan ‘turun pangkat’ dengan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah.

-Berita Harian

Tags: Guru BesarGuru Besar Gred DG52
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

Bekas Guru Besar Mengaku Tidak Bersalah Terbabit Pengubahan Wang Haram

Bekas Guru Besar Mengaku Tidak Bersalah Terbabit Pengubahan Wang Haram

17/02/2025
0

KUALA TERENGGANU : Bekas seorang guru besar sebuah sekolah di Marang, mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan terbabit dalam Pengubahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd