• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gentari Meterai 12 MOU Dengan Penggiat Sektor Hidrogen

oleh AK-47
16/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Gentari Meterai 12 MOU Dengan Penggiat Sektor Hidrogen
Share on FacebookShare on Twitter

ENTITI milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Gentari Sdn Bhd menandatangani 12 Memorandum Persefahaman (MoU) dengan penggiat sektor hidrogen antarabangsa untuk memanfaatkan kelebihannya sebagai penggerak utama tenaga hijau.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, tenaga hidrogen merupakan industri yang baharu dan Petronas telah mengorak langkah untuk meneroka sumber tenaga ini berikutan medium yang fleksibel dalam pemindahan tenaga merentas sektor.

“Dalam meningkatkan penggunaan hidrogen, saya yakin Gentari mampu mengenal pasti dan membangunkan kluster ekonomi hidrogen di Malaysia, seterusnya menjadikan negara kita sebagai hab eksport hidrogen yang kompetitif di rantau ini,” katanya ketika melancarkan Gentari di sini pada Khamis.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas merangkap Pengerusi Gentari, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, Gentari akan menawarkan penyelesaian mobiliti hijau kepada penduduk di rantau Asia Pasifik, yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada pemandu tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Misalnya, penumpang kenderaan ‘e-hailing’ yang boleh memilih EV bagi perjalanan mereka,” katanya pada majlis yang sama.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha Petronas paling nyata dalam pasaran solar dan telah mencatatkan kemajuan yang ketara dengan pencapaian kapasiti 1 GWp tenaga boleh baharu, menerusi Amplus Solar, iaitu anak syarikat Petronas di India, yang membangunkan lebih 400 projek di 24 negeri di India.

“Di Malaysia, kami memberikan perkhidmatan kepada pelbagai jenis pelanggan dan telah mencapai kapasiti 100 MWp+ aset solar yang beroperasi dan sedang dibangunkan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: GentariMoUPenggiat Sektor Hidrogen
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

TPM Dedah Draf MoU Peruntukan Pembangkang, Bukti Ketelusan

16/09/2024
0

Kuala Lumpur : Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd