• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Garis Panduan Kelulusan Penganjuran Konsert Disemak Semula

oleh AK-47
04/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Garis Panduan Kelulusan Penganjuran Konsert Disemak Semula
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melihat dan membuat penilaian semula garis panduan kelulusan konsert hiburan yang bakal diadakan di Kuala Lumpur.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semakan baharu perlu dibuat terhadap ketetapan yang diguna pakai oleh DBKL selama ini dalam memberikan kelulusan bagi setiap permohonan permit untuk mengadakan konsert.

Katanya, ia bagi memastikan setiap konsert hiburan tidak melampaui batasan yang sepatutnya sehingga memberi pengaruh tidak sihat terutama membabitkan golongan belia di negara ini.

“Ada yang membuat aduan mengenai beberapa konsert yang dibawa itu tidak menepati kehendak pembangunan insan semasa. Kita boleh berhibur tetapi dalam masa yang sama kita mahu ada kesan yang positif.

“Jadi wilayah ini sebenarnya kami hanya menyediakan premis, jawatankuasa penapis yang berbuat demikian (beri kelulusan),” katanya kepada media selepas hadir menyempurnakan perasmian penutup Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2022 (HBN2022) di Dataran Astaka, Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.

Semakan itu, katanya, turut membabitkan kelulusan permit konsert yang sudah dikeluarkan oleh DBKL namun masih belum berlangsung.

Menurutnya, KWP tidak akan berkompromi sekalipun membabitkan artis terkenal seandainya konsert yang ingin dianjurkan itu mendatangkan kesan negatif terhadap masyarakat terutama belia.

Bagaimanapun, katanya, sebarang keputusan untuk penambahbaikan terhadap garis panduan itu belum diputuskan ketika ini dan hanya akan ditentukan sebaik menelitinya secara terperinci.

Mengulas mengenai program HBN 2022, beliau berkata, belia di negara ini tidak lagi boleh mengambil pendekatan tunggu dan lihat ketika dunia sedang bergerak pantas ke hadapan dalam pelbagai bidang.

“Aspek keagamaan juga jangan dilupakan. Letaklah agama sebagai sandaran dan panduan utama dalam kehidupan seperti prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: garis panduanKelulusan Penganjuran Konsert
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

07/02/2025
0

SHAH ALAM - UMNO menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan...

‘Kill Switch’ Diaktifkan Jika Konsert Coldplay Langgar Garis Panduan

‘Kill Switch’ Diaktifkan Jika Konsert Coldplay Langgar Garis Panduan

22/11/2023
0

KUALA LUMPUR: 'Kill Switch' terpakai untuk konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd