Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Selangor Tangguh Solat Di...

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan menangguhkan solat fardu...

Perkhidmatan Pascabayar Kekal Dikenakan...

KUALA LUMPUR — Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kekal dikenakan ke atas pengguna...

Stacy Upah Ustazah Datang...

BERPUASA buat kali pertama sebagai saudara baru membuatkan Stacy atau nama Islamnya, Ummu Syaikhah...

Ngeri…. Kayu Penyepit Tertusuk...

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengejutkan keluarganya apabila kayu penyepit tertusuk dalam...

Emas RM10,000 Dibeli Secara ‘Online’ Lesap

KULIM: Impian seorang lelaki untuk memiliki jongkong emas dibeli melalui sebuah laman web musnah apabila emas bernilai lebih RM10,000 itu didapati ‘ghaib’ ketika berada di premis syarikat penghantaran, di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berikutan itu, juruteknik berusia 33 tahun berkenaan membuat satu laporan polis pada Ahad lalu kerana curiga dan mengesyaki jongkong emas dibelinya, dicuri ketika dalam simpanan di premis terbabit.

Menurut sumber, mangsa yang menetap di Pulau Pinang memberitahu dia pada mulanya melayari laman web sebuah syarikat untuk membuat pembelian emas ketika berada di rumahnya pada 8 Ogos lalu.

“Mangsa mendakwa berurusan dengan kakitangan wanita syarikat itu sebelum bersetuju membeli emas seberat 40 gram (g) berharga RM10,570. Selepas segala proses selesai, mangsa membayar keesokannya melalui transaksi ke akaun bank didaftar atas nama sebuah syarikat,” katanya.

Sumber berkata, kakitangan wanita terbabit yang berurusan dengan mangsa sepanjang proses pembelian kemudian memberikan ‘tracking number’ untuk memudahkan lelaki itu membuat semakan ketika kepingan emas dibelinya dihantar melalui kiriman kurier.


“Mangsa membuat semakan pada 13 Ogos lalu dan mendapati barang dibelinya sudah tiba di pejabat syarikat penghantaran terbabit. Bagaimanapun, dia yang mahu mengambil barang dibelinya kemudian dimaklumkan ia tiada dalam simpanan di premis itu,” katanya.

Katanya, mangsa memberi peluang kepada kakitangan syarikat penghantaran terbabit untuk mencari barang miliknya itu, namun kecewa apabila menerima jawapan sama daripada pekerja yang memaklumkan ia tiada dalam simpanan mereka dan gagal ditemui.

“Selepas lebih sebulan bersabar, mangsa akhirnya membuat laporan polis kerana mengesyaki barang miliknya itu kemungkinan dicuri,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

BHonline-

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori