Sample Page Title

Simunjan : Kes lelaki dibelasah penduduk di Kampung Sungai Ladong, Sebuyau, di sini, kelmarin, tiada kaitan dengan kes culik kanak-kanak sebaliknya membabitkan suspek kes curi sarang burung walit.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemangku Ketua Polis Daerah Simunjan, Asisten SuperintendanHonchin Ludu berkata, gambar dan video yang ditularkan adalah kes pecah rumah sarang burung walit yang berlaku di Kampung Sungai Ladong, Selasa lalu.

“Pada hari Rabu pihak Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan telah mengesan beberapa hantaran yang dimuat naik di media sosial.

“Video dan gambar yang tular menyatakan telah berlaku kes culik yang melibatkan kanak-kanak di Kampung Sungai Ladong , Sebuyau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, polis menyifatkannya sebagai tidak berasas kerana gambar dan video yang ditularkan adalah kes pecah rumah sarang burung di Kampung Sungai Ladong.

“Dua suspek berusia sekitar 50-an ditangkap manakala seorang lagi masih bebas.

“Kedua-dua mereka ditahan reman selama lima hari di lokap IPD Simunjan, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun keseksaan kerana pecah rumah dan curi,” tegasnya.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...