Sample Page Title

GEORGE TOWN : Beberapa kawasan di bahagian pulau di sini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Antara kawasan yang terlibat adalah di Bayan Lepas, Bayan Baru dan Bukit Jambul.

Selain itu, beberapa jalan utama di sekitar Bayan Lepas juga ditenggelami banjir kilat dan mengakibatkan kerosakan kepada kenderaan yang diparkir di kawasan berkenaan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz, antara kampung yang dilanda banjir kilat adalah Kampung Masjid; Kampung Manggis; Kampung Perlis, Kampung Binjai dan Kampung Seronok.

”Terdapat juga rumah yang terjejas dengan serius terutama rumah-rumah yang terletak berhampiran Sungai Bayan Lepas.

“Bagaimanapun, setakat pukul 10.15 pagi ini, air telah surut di beberapa kawasan,” katanya di sini hari ini.


Dalam pada itu, Pengerusi MPKK Kampung Binjai, Baseri Hashim berkata, kira-kira 30 buah rumah di Kampung Binjai dilanda banjir kilat awal pagi tadi akibat hujan lebat berterusan.

”Air mula naik di kawasan rumah penduduk selepas subuh pagi ini, air naik terlalu cepat dan kawasan rumah penduduk masih dinaiki air separas buku lali.

”Tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, namun penduduk tetap berjaga-jaga kerana bimbang hujan lebat berterusan,” katanya.

Tambahnya, kawasan kampung itu juga kerap dilanda banjir sekiranya hujan lebat berlaku secara berterusan kerana kawasan itu berada di kawasan tanah rendah.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...