• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Kandung Ditahan Polis

oleh AK-47
18/09/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Kandung Ditahan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka : Bapa iblis. Itu gelaran layak diberikan kepada seorang lelaki kerana tergamak menjadikan anak perempuannya berusia 19 dan 15 tahun sebagai hamba seks seawal usia mereka 12 tahun lagi dengan mendakwa dirinya mempunyai ‘saka’.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perbuatan jijik suspek berusia 50-an itu hanya terbongkar pada 5 September lalu apabila disaksikan sendiri oleh isterinya ketika pergi ke bilik tidur anak keduanya dari tiga beradik di tingkat atas rumah mereka di Melaka Tengah, dekat sini.

Suspek yang terkejut disergah isterinya kemudian bertindak mengambil pisau serta mengugut untuk membunuh wanita terbabit, anak kedua dan bongsu berusia sembilan tahun serta mencabut nyawanya sendiri jika kejadian itu dilaporkan kepada polis.

Suri rumah itu kemudian menyelinap keluar bersama dua anaknya sebelum pergi ke rumah isteri pertama suspek ketika suaminya yang juga penyelia syarikat pemegang pelaburan membuat kerja di komputer pada keesokkan harinya.

Wanita terbabit menghubungi anak sulungnya pada jam 1 tengah hari dan memintanya pulang ke rumah ibu tirinya itu dan selepas menceritakan kejadian, dia bersama dua anaknya pergi ke rumah saudara di Selangor pada 7 September lalu.

Menurut sumber, satu laporan dibuat di Balai Aeropolis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur oleh ibu mangsa pada 8 September lalu.

Katanya, siasatan mendapati lelaki itu dipercayai merogol anak keduanya sejak 2019 dengan kejadian terakhir berlaku pada 5 September lalu manakala anak sulungnya yang kini belajar di sebuah kolej di Selangor diperkosa dari 2015 sehingga 2019.

Sumber berkata, sepanjang tempoh berkenaan, kedua-dua mangsa hanya mendiamkan diri kerana bimbang ibu akan diceraikan oleh suspek dan mereka hilang tempat bergantung.

“Siasatan mendapati remaja berusia 15 tahun itu dirogol lima hingga lapan kali setiap bulan sejak 2019 dan sering diugut oleh suspek untuk tidak mengaku mangsa sebagai anak selain akan merotan dan mengurungnya di rumah jika hal itu diceritakan kepada si ibu.

“Mangsa hanya mendiamkan diri sehinggalah pada November 2021, dia menceritakan kejadian apabila ditanya kakaknya sama ada pernah melakukan hubungan seks dengan bapa mereka.

“Masing-masing menceritakan mereka pernah melakukan seks secara paksa bersama suspek,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurut sumber, anak sulung lelaki itu pula memberitahu dia dipaksa melayan nafsu seks bapa kandungnya sejak berusia 12 hingga 16 tahun dan sepanjang kejadian, suspek mengugut akan menceraikan, membunuh atau mencederakan ibu mangsa jika hal itu diberitahu kepada orang lain.

“Susulan laporan dibuat ibu mangsa, suspek ditahan pada 9 September lalu dan direman selama 14 hari bermula 10 hingga 23 September ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan kejadian, namun tidak mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

-Harian Metro

Tags: anak kandungpolisrogolTahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Tingkatan Satu Maut, Kereta Dipandu Rakan Tiada Lesen Terbabas

Next Post

‘PRU-15 Di Antara Oktober Hingga Disember Ini’ – Ahmad Maslan

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post
‘PRU-15 Di Antara Oktober Hingga Disember Ini’ – Ahmad Maslan

'PRU-15 Di Antara Oktober Hingga Disember Ini' - Ahmad Maslan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd