• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kilat: DBKL Perkasa Pembersihan Longkang, Saliran

oleh AK-47
03/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Banjir Kilat: DBKL Perkasa Pembersihan Longkang, Saliran
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat persiapan rapi untuk menghadapi kemungkinan banjir kilat akibat hujan berterusan pada September dengan memberi fokus kepada keupayaan sistem saliran.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Datuk Bandar DBKL, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, ia berikutan data yang diperoleh sebelum ini mendapati taburan hujan di ibu kota itu jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Menurutnya, DBKL akan memastikan longkang-longkang tidak dipenuhi sampah, daun kering atau botol minuman yang menghalang air dalam saliran dan menjurus kepada banjir kilat jika hujan berpanjangan.

“Saya membuat keputusan supaya Alam Flora Sdn Bhd sebagai pihak kontraktor perlu keluarkan sijil mengesahkan sistem perparitan dan longkang yang dibersihkan olehnya tidak akan menghalang air hujan (mengalir masuk).

“Pada minggu lalu, pendekatan ini (membersihkan longkang) berjaya dan kita tidak nampak takungan air yang besar boleh menghalang lalu lintas atau rumah dimasuki air,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Malam Penghargaan Media Kuala Lumpur 2022 di Mandarin Oriental Hotel di sini pada Jumaat.

Selain itu, Mahadi berkata, satu kajian tentang penyimpanan air bawah tanah akan dilakukan sebagai salah satu pelan jangka masa panjang untuk mengatasi banjir kilat di Kuala Lumpur.

Katanya, kajian tersebut akan mengambil masa empat hingga lima bulan untuk mengenalpasti kesesuaian pelaksanaan inisiatif dengan mengambil kira faktor tarikan graviti dan topografi lokasi.

“Di Tokyo, air ditakung dahulu supaya tidak berlakunya banjir kilat atau air bertakung (water ponding) yang teruk, maka air disimpan di bawah tanah.

“Kita sedang mengkaji perkara ini melalui perunding yang dilantik untuk mengeluarkan penemuan berkaitan perkara tersebut dalam tempoh empat hingga lima bulan.

“Ia perlu diletakkan di tempat paling rendah supaya mudah air disalirkan kepada lokasi yang kita kenal pasti sebagai tempat penyimpanan air,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: banjir kilatDBKLPembersihan Longkang Saliran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cuti Sekolah, Lebuh Raya Utama Sesak

Next Post

Timbalan Menteri Luar Bakal Adakan Pertemuan Dua Hala Di Algeria, Bahrain

Related Posts

Banjir Kilat Landa Balik Pulau, Turut Sebabkan Kesesakan Lebih 3 KM

Banjir Kilat Landa Balik Pulau, Turut Sebabkan Kesesakan Lebih 3 KM

16/06/2025
0

Balik Pulau: Penempatan penduduk di beberapa lokasi termasuk perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau di sini, dilanda banjir...

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

Suspek Ugut Penguat Kuasa DBKL Direman 2 Hari

09/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki membuat ugutan jenayah terhadap pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

Next Post
Timbalan Menteri Luar Bakal Adakan Pertemuan Dua Hala Di Algeria, Bahrain

Timbalan Menteri Luar Bakal Adakan Pertemuan Dua Hala Di Algeria, Bahrain

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd