• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

70% Ahli UMNO Bersimpati Terhadap Najib

oleh Mohd Arshad
03/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
70% Ahli UMNO Bersimpati Terhadap Najib
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN : Kajian mendapati 70 peratus ahli UMNO berdukacita dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, selebihnya 30 peratus terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu tidak kisah dengan hukuman tersebut dan satu lagi menghormati keputusan mahkamah.

Menurut beliau, UMNO tidak mahu bergembira atas kedukaan orang lain, sebaliknya politik bukan hanya mengenai data, fakta, angka malah juga berkaitan emosi yang ketika ini adalah dukacita, marah dan sebagainya.

Katanya, emosi rakyat sebelum ini pernah berlaku pada Pilihan Raya Umum ( PRU ) pada tahun 1999, apabila rakyat kesian kepada Datuk Seri Anwar Ibarhim dan marah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kami tidak mahu rakyat marah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tetapi rakyat perlu marah apabila berlaku pendakwaan politik berpilih ketika pemerintah kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018/2019,” katanya selepas menghadiri taklimat persiapan Kampung Puteri Menangis yang menyertai pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera Peringkat Negeri Johor pada Selasa depan.

Menolak
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan emosi marah dan simpati kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akan digunakan bagi menghadapi PRU15.

“Emosi marah dan simpati tidak harus disia-siakan oleh ahli-ahli UMNO kerana boleh digunakan bagi menarik simpati rakyat dengan apa yang menimpa bekas Perdana Menteri itu,” ujarnya.

Mengenai tindakan beberapa pihak mengumpul petisyen serta tandatangan ahli-ahli UMNO bagi mendapatkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, pihaknya tidak menghalang usaha itu termasuk olen pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun, jelas Ahmad, soal pengampunan atau sebaliknya adalah hak Yang di-Pertuan Agong dan tidak bergantung terhadap tindakan yang dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk menerusi petisyen.

Beliau berharap, ahli-ahli UMNO tidak patah dan lemah semangat dengan apa yang berlaku ke atas bekas Presiden UMNO itu, sebaliknya berusaha lebih keras bagi memenangi PRU15.

“Beberapa usaha yang pernah dilakukan oleh Najib Tun Razak sebelum ini sewajarnya menjadi dorongan dan sokongan kepada ahli-ahli UMNO untuk terus memperkukuhkan parti pada masa akan datang,” katanya sambil menegaskan bahawa UMNO akan terus mengamalkan politik matang dan tidak akan membawa ahli-ahli ke jalanan, sebaliknya menggunakan platform dan wadah yang sesuai untuk menyatakan soladiri kepada Najib.

-Utusan Online

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM: Penerima PerantiSiswa Tak Perlu Pulang Tablet

Next Post

Dua Beradik Ditemukan Rentung

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post
Dua Beradik Ditemukan Rentung

Dua Beradik Ditemukan Rentung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd