• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada SMS Penipuan Guna ‘GOV’

oleh AK-47
05/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Waspada SMS Penipuan Guna ‘GOV’
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Orang ramai diminta berwaspada dan tidak terpedaya jika menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ID penghantar ‘GOV’ menggunakan nama organisasi MySejahtera yang memaklumkan pengguna bahawa bantuan khas kewangan telah dikreditkan ke akaun Touch ‘n Go (TNG) eWallet mereka.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, terdapat penyalahgunaan ID penghantar ‘GOV’ apabila pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan ID penghantar tersebut untuk tujuan penipuan.

“Peringatan ini dikeluarkan sejajar dengan penafian oleh pihak MySejahtera berkenaan pesanan SMS palsu berkaitan pemberian bantuan kewangan kepada orang ramai,” kata MCMC dalam kenyataan pada Jumaat.

Untuk makluman, hebahan SMS melalui ID penghantar ‘GOV’ dikhususkan bagi membuat pesanan khidmat awam (PKA) berkenaan inisiatif oleh kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat.

MCMC berkata tindakan sekatan telah diambil ke atas akses pautan palsu tersebut.

MCMC berkata individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

-Sinar Harian

Tags: GOVSMSSMS Penipuan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perahu Karam, Budak Lelaki Hilang Dikhuatiri Lemas

Next Post

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

Related Posts

Hampir 2 Bilion Panggilan, 581 Juta SMS Mencurigakan Berjaya Disekat

Hampir 2 Bilion Panggilan, 581 Juta SMS Mencurigakan Berjaya Disekat

22/09/2023
0

DA NANG: Hampir dua bilion panggilan dan 581 juta perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia...

Jangan Terperdaya Scammer Tawar RM500 E-dompet Touch n Go

Jangan Terperdaya Scammer Tawar RM500 E-dompet Touch n Go

29/10/2022
0

PETALING JAYA – Kumpulan Touch n Go meminta orang ramai supaya tidak terperdaya sekiranya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang...

Next Post
Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd