Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Budak 5 Tahun Maut...

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai...

Felda Usaha Cari Jalan...

KUALA LUMPUR - Peneroka Felda diharap dapat terus bersabar walaupun berhadapan situasi penurunan...

Ibu Paksa Anak Pakai...

SEORANG ibu yang kecewa dengan perangai tak senonoh anak perempuannya, Hannah yang telah...

Jangan Anggap Anggota Bukan...

IPOH - Anggota dan pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) diingatkan supaya tidak menyisihkan...

Wang I-Lestari RM10,000 Lesap

Petaling Jaya : Wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik seorang lelaki sebanyak RM10,000 lesap sekali mata apabila ditipu sindiket penipuan kewangan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lelaki berusia 40-an yang enggan dikenali berkata, beliau membuat pengeluaran i-Lestari pada April lalu.

“Wang sepatutnya masuk ke dalam akaun sebuah bank pada 21 April, namun pada hari sama berlaku tiga transaksi iaitu dua pindahan wang dan satu lagi menggunakan e-walet.

“Apabila saya menghubungi bank, pihaknya mengesahkan terdapat pengeluaran dan pembelian berlaku menggunakan wang di dalam akaun milik saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu, Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.

Menurutnya, dia sehingga kini hairan bagaimana pihak bank boleh membenarkan transaksi itu berlaku.

“Saya tidak mengenali individu yang mengeluarkan wang saya itu, ketika bertanya pihak bank mereka memaklumkan tidak dapat berbuat apa-apa.


“Saya juga membuat laporan polis pada 23 April lalu, dan turut diminta merujuk perkara berkenaan kepada pihak bank,” katanya.

Sementara itu, Lee berkata, pihaknya memandang serius kelemahan yang wujud pada keselamatan sistem perbankan.

“Persoalannya mengapa tiada tindakan lanjut daripada pihak bank untuk membuat pengesahan pengeluaran wang berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi Fadzil berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memerangi penipuan kewangan dan scammer.

“Dianggarkan tiga mangsa bagi setiap jam menjadi mangsa penipuan dengan kerugian sekitar RM30,000 bagi setiap seorang,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori