
4 OGOS – SEBUAH poster mendesak para penghantar makanan tidak melakukan sebarang penghantaran makanan selama 24 jam pada 5 Ogos (tengah malam ini) viral sejak seminggu lalu.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Persoalan kini apakah benar ia akan berlaku atau tidak?
Belum ada mana-mana pihak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan yang terkandung dalam poster berkenaan.
Antara tanda pagar (hashtag) yang digunakan dalam poster itu ialah #naikkanfare #grabsembelihrider #fpsembelihrider #24jamoff #24hournoshift #offsehari.
Selamat diandaikan semua tanda pagar berkenaan merujuk kepada isu yang berlegar di kalangan rider makanan yakni berkaitan jumlah bayaran dan persekitaran kerja yang lebih adil serta baik.
Sama ada blackout ini berlaku atau tidak, satu yang pasti ialah wujud beberapa isu penting melibatkan para rider ini yang perlu diberikan perhatian segera oleh kerajaan.
Mungkin ada yang akan bercakap bahawa ia kerja sambilan dan tiada paksaan untuk berkerja…….betul.
Tetapi itu bukan alasan untuk syarikat-syarikat yang membuat keuntungan melalui perkhidmatan ini tidak mendengar runggutan para rider atau penunggang mereka.
Ada perkara-perkara yang boleh diperbaiki untuk memastikan perkhidmatan ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Apa pun…kita tunggu tengah malam ini untuk melihat sama ada usaha bersifat boikot ini berjaya dilaksanakan atau tidak.
-Mynewshub
