• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Prakelayakan Projek LRT Bayan Lepas Dilanjutkan

oleh Mohd Arshad
11/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tempoh Prakelayakan Projek LRT Bayan Lepas Dilanjutkan
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN : Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersetuju melanjutkan tempoh prakelayakan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas dari 24 Ogos hingga 7 Oktober depan bagi membolehkan lebih banyak syarikat berminat mengemukakan maklumat masing-masing berhubung pelaksanaan projek tersebut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, pada 20 Julai lalu, kerajaan negeri memulakan peringkat prakelayakan bagi pelaksanaan komponen LRT Bayan Lepas dan mendapat sambutan baik daripada syarikat tempatan serta antarabangsa.

Katanya, sehingga 8 Ogos lalu, lebih 40 syarikat tempatan dan antarabangsa mendaftar, membeli dan memuat turun dokumen prakelayakan dari laman web Penang Infrastructure Corporation (PIC).

”Kerajaan negeri juga menerima permintaan daripada lebih 10 syarikat termasuk beberapa firma antarabangsa dari Eropah dan Asia yang berkepakaran dalam pembinaan landasan keretapi yang memohon tempoh pengemukaan dokumen prakelayakan dilanjutkan.

”Oleh itu, kita bersetuju melanjutkan tempoh prakelayakan itu dari 24 Ogos hingga 7 Oktober depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Komponen LRT adalah salah satu komponen utama dalam Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang yang merupakan pendekatan kerajaan negeri bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di negeri ini.

Sasaran kerajaan negeri adalah untuk memulakan pembinaan jajaran LRT Bayan Lepas yang menyambungkan pusat bandar dan Bayan Lepas pada tahun depan.

Menurut Zairil, pelanjutan tempoh itu adalah untuk memberi syarikat-syarikat lebih masa menyediakan dokumen yang diperlukan seperti surat sokongan daripada bank dan membentuk usaha sama dengan syarikat tempatan.

“Syarikat-syarikat yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen pra-kelayakan mereka tidak lewat daripada pukul 12 tengah hari pada 7 Oktober ini.

”Pendaftaran peringkat prakelayakan yang ditutup pada 8 Ogos lalu kini dibuka
semula hingga 19 Ogos ini untuk membolehkan lebih banyak syarikat yang berminat mendaftar,” katanya.

Tambahnya, dokumen prakelayakan yang lengkap hendaklah dikemukakan dalam sampul surat tertutup yang ditandakan secara jelas dengan tajuk cadangan dan nombor rujukan di bahagian tengah atas sampul surat dan diletakkan di dalam peti tender di pejabat PIC di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

”Syarikat yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghantar e-mel kepada [email protected],” katanya.

-Utusan Online

Tags: LRT Bayan LepasProjek LRT Bayan LepasTempoh Prakelayakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sidang DUN: Projek LRT Bayan Lepas Di Peringkat Proses Prakelayakan

03/06/2022
0

GEORGETOWN - Projek transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas kini dalam peringkat untuk memulakan proses prakelayakan mengenal pasti syarikat-syarikat yang...

Satu Lagi Demo Aman Bantah Jajaran LRT Bayan Lepas

28/06/2019
0

PULAU PINANG - Satu lagi demonstrasi aman diadakan di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd