• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangani Segera Keluhan Penghantar P-Hailing

oleh Mohd Arshad
09/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tangani Segera Keluhan Penghantar P-Hailing
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Ikatan Komuniti Selamat mahu pihak berkuasa menangani segera isu yang dibangkitkan oleh penghantar p-hailing, sejak sekian lama.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata penghantar p-hailing adalah barisan hadapan yang tidak didendang dan kekhuatiran mereka harus diberi perhatian.

Katanya, penghantar p-hailing juga adalah tulang belakang bagi ekonomi gig dengan ramai pihak yang bergantung kepada perkhidmatan mereka.

“Disebabkan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh merekalah, banyak isi rumah boleh memesan makanan dan barangan tanpa perlu mendedahkan diri mereka kepada COVID-19 dan bahaya lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara isu yang dibangkitkan oleh penghantar berkenaan adalah tidak diberi pampasan mencukupi untuk tugasan mereka.

Beliau berkata, komuniti p-hailing juga sudah menyuarakan rungutan mereka dalam memo kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dua tahun lalu, tetapi hingga kini tiada sebarang maklum balas.

“Justeru, semua pihak harus menyelesaikan masalah ini dengan segera supaya pihak yang bergantung harap kepada perkhidmatan p-hailing tidak berdepan kesukaran,” katanya.

Lam Thye berkata, pada masa sama, majikan dan pihak berkuasa juga perlu melihat keselamatan penghantar p-hailing di jalan raya.

Katanya, ini kerana sudah menjadi kebiasaan penghantar makanan dilihat gagal mematuhi arahan lampu isyarat dan keluar masuk lalu lintas sehingga mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Oleh itu, kita perlu menyelesaikan isu yang dihadapi oleh sebahagian daripada ekonomi gig ini, dan lebih cepat kita mencari jalan penyelesaiannya adalah lebih baik,” katanya.

-Berita Harian

Tags: p-hailingPenghantar P-Hailing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MAHA 2022 Catat Nilai Jualan Lebih RM10 Juta

Next Post

RUU Larangan Tukar Parti Tidak Terpakai Kepada Ahli Dewan Negara – PM

Related Posts

Isu P-Hailing: KSM Bakal Buat Pengumuman Penting

Isu P-Hailing: KSM Bakal Buat Pengumuman Penting

12/08/2022
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia (KSM) bakal membuat satu pengumuman penting dalam masa terdekat berkaitan dengan isu kebajikan pekerja...

Lesen GDL Tidak Dikenakan Kepada Penunggang, Penghantar P-Hailing

Lesen GDL Tidak Dikenakan Kepada Penunggang, Penghantar P-Hailing

11/08/2022
0

SHAH ALAM - Lesen Good Driving Licence (GDL) tidak akan dikenakan kepada penunggang (rider) penghantar p-hailing. Ikuti Mynewshub: Telegram Ketua Pemuda...

Next Post
RUU Larangan Tukar Parti Tidak Terpakai Kepada Ahli Dewan Negara – PM

RUU Larangan Tukar Parti Tidak Terpakai Kepada Ahli Dewan Negara - PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd