• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambah Baik Sistem Kesihatan Awam Negara

oleh Mohd Arshad
05/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tambah Baik Sistem Kesihatan Awam Negara
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN : Kementerian Kesihatan (KKM) digesa menambah baik sistem kesihatan awam negara kerana berdepan ancaman lima penyakit berjangkit iaitu Covid-19; tangan, kaki dan mulut (HFMD); cacar monyet; influenza dan virus Marburg yang kini melanda serta menjejaskan sebahagian besar daripada penduduk dunia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, Malaysia turut tidak terlepas daripada ancaman berkenaan memandangkan beberapa penyakit berjangkit itu turut dikesan di sini.

”Dalam kes lima penyakit berjangkit yang mengancam negara kita, pihak berkuasa perlu mengambil langkah untuk membendung penyakit itu.

”Ini boleh dilakukan dengan menyediakan akses kepada langkah-langkah kebersihan kesihatan awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mohideen berkata, kemajuan dalam kesihatan awam bukan hanya untuk memberikan tumpuan kepada wabak penyakit, tetapi untuk membendung penyakit.

Jelasnya, perkara itu boleh dilakukan dengan mengasingkan mereka yang dijangkiti penyakit untuk tempoh tertentu dan memastikan penyakit ini tidak berjangkit melalui hubungan rapat.

Dalam pada itu katanya, CAP turut menggesa KKM dan pihak berkuasa berkaitan mengambil beberapa langkah segera antaranya menyelenggara tandas awam supaya penularan penyakit bawaan air dapat dibendung.

”Selain itu, pihak berkuasa juga perlu memastikan terdapat kemudahan air yang mencukupi di kawasan awam untuk pengguna mencuci tangan mereka dengan kerap.

”Satu sistem pelupusan yang mencukupi perlu disediakan di tempat awam bagi pelupusan barang tercemar seperti pelitup muka, sarung tangan dan kertas tisu serta mewujudkan kesedaran mengenai perubahan iklim,” katanya.

Selain itu Mohideen berkata, kempen bagi mewujudkan kesedaran untuk mengamalkan kebersihan yang betul dalam komuniti juga perlu terus dijalankan.

-Utusan Online

Tags: Sistem Kesihatan AwamSistem Kesihatan Awam NegaraTambah Baik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RUU Antilompat: UMNO Mungkin Pinda Perlembagaan Sekali Lagi

Next Post

Disyaki Minta ‘Duit Kopi’, Pembantu Operasi Direman 4 Hari

Related Posts

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah Akan Ditambah Baik, Beri Manfaat Kepada Pekerja

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah Akan Ditambah Baik, Beri Manfaat Kepada Pekerja

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik bagi memastikan ia memberi manfaat sepenuhnya kepada pekerja, terutama dalam...

RM1 Bilion Tambah Baik Perkhidmatan Bas Henti-Henti

RM1 Bilion Tambah Baik Perkhidmatan Bas Henti-Henti

02/09/2022
0

Kota Bharu : Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion untuk pengoperasian sistem bas henti-henti seluruh negara bermula 2012 sehingga kini dalam usaha...

Next Post
Disyaki Minta ‘Duit Kopi’, Pembantu Operasi Direman 4 Hari

Disyaki Minta 'Duit Kopi', Pembantu Operasi Direman 4 Hari

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd