• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Pertimbang Penyelarasan Cuti Hujung Minggu

oleh Mohd Arshad
10/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sultan Johor Pertimbang Penyelarasan Cuti Hujung Minggu
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor hari ini membentangkan hasil dapatan tentang penyelarasan hari cuti hujung minggu kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembentangan hasil dapatan kepada Sultan Ibrahim bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan baginda dalam perkara berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah. Hari ini patik telah membentangkan hasil dapatan kerajaan negeri mengenai penyelarasan cuti hari minggu untuk pertimbangan Tuanku Sultan Johor.

“Insya-Allah Tuanku akan membuat pertimbangan yang terbaik untuk rakyat Bangsa Johor. Menjunjung Kasih Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan ringkas dalam laman Facebook rasmi miliknya.

Sebelum ini, Onn Hafiz memberitahu, penyelarasan hari cuti hujung minggu Johor akan memberi kesan kepada 93 peratus rakyat negeri ini yang majoriti merupakan pekerja sektor swasta.

Keputusan itu nanti juga bakal melibatkan seramai 576,691 murid dan pelajar di seluruh negeri ini.

“Keputusan yang bakal dibuat akan membabitkan 576,691 pelajar dan 1.764 juta tenaga kerja di Johor dengan majoritinya, iaitu 93 peratus adalah sektor swasta,” katanya.

Pada 14 Jun lalu, Onn Hafiz memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan mengkaji semula penetapan hari cuti hujung minggu negeri berkenaan yang ketika ini ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu.

Kajian itu dibuat ekoran terdapat keluhan daripada masyarakat mengenai perbezaan hari cuti sektor swasta dan kerajaan selain bagi memastikan ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.

UtusanOnline-

Tags: cuti hujung minggupenyelarasanSultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KKM Siasat Pengamal Pergigian Haram

Next Post

Penguat Kuasa MBJB Cedera Dipukul Selepas Saman Kereta

Related Posts

Cuti Hujung Minggu Johor Tak Wajar Dipolitikkan – MB

Cuti Hujung Minggu Johor Tak Wajar Dipolitikkan – MB

11/10/2024
0

JOHOR BAHRU: Cuti hujung minggu di Johor yang ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula tahun depan, tidak wajar dijadikan...

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Next Post
Penguat Kuasa MBJB Cedera Dipukul Selepas Saman Kereta

Penguat Kuasa MBJB Cedera Dipukul Selepas Saman Kereta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd