• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAN, JAS Siasat Insiden Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Semantan

oleh Mohd Arshad
11/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SPAN, JAS Siasat Insiden Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Semantan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Air Selangor memulakan siasatan berhubung insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pencemaran yang menyebabkan 394 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dipercayai akibat kemalangan membabitkan lori yang disyaki membawa bahan tercemar, pagi semalam.

Pengarah Unit Kuat kuasa SPAN, Ainal Yusman Mohd Yusop, berkata pihaknya bersama JAS, Air Selangor dan dibantu Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) serta ANIH Berhad selaku pengendali Lebuh raya Karak-Kuala Lumpur, meninjau lokasi kemalangan di Lebuh raya Karak-Bentong, di Kilometer (KM75.9).

“Siasatan awal kami pada mulanya membuat jejakan di muka sauk Sungai Semantan bagi mengambil sampel air seterusnya ke kawasan kemalangan untuk mengambil sampel air kedua untuk memastikan adakah bahan tercemar yang mengalir ke Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) disebabkan bahan tercemar ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian kemalangan lori berkenaan.

Ainal Yusman berkata, setakat ini tiada sebarang punca dapat disahkan sehinggalah sampel air berkenaan dihantar ke Jabatan Kimia.

“Adalah terlalu awal untuk mendapatkan punca berlakunya kejadian air tercemar di LRA Langat 2 sama ada disebabkan kemalangan lori yang berlaku semalam (Rabu) atau faktor lain.

“Pihak JAS akan menyerahkan sampel itu kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis dan dikaji sebelum keputusannya diketahui dalam masa selewat-lewatnya antara dua minggu hingga sebulan,” katanya.

Kejadian pencemaran itu menyebabkan sebanyak 394 kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi, hari ini.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata gangguan bekalan air tidak berjadual itu adalah susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada jam 4.30 pagi tadi.

Tinjauan BH di KM75.9 mendapati kerja pembersihan di saliran air di lokasi berkenaan yang menuju ke Sungai Semantan bermula petang ini.

-Berita Harian

Tags: JASPencemaran Bahan KimiasiasatSPANSungai Semantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Lelaki Meluru Ke Arah Kereta Sedang Bergerak

Polis Siasat Insiden Lelaki Meluru Ke Arah Kereta Sedang Bergerak

02/01/2026
0

JOHOR BAHRU - Polis menyiasat insiden melibatkan seorang pejalan kaki yang didapati meluru secara tiba-tiba ke arah sebuah kereta yang sedang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd