• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal LCS: Fail Dibuka, Laporan Siasatan Akan Diumum SPRM

oleh Mohd Arshad
10/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Skandal LCS: Fail Dibuka, Laporan Siasatan Akan Diumum SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa fail telah dibuka bagi tujuan siasatan berhubung kes Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurutnya, status kes tersebut akan diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nanti dan beliau berharap agar ia dapat disegerakan.

“Beberapa fail telah dibuka dan disiapkan tetapi biar pihak SPRM yang umumkan keputusan siasatan itu nanti.

“Saya sendiri dah berjumpa dengan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan juga Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan status hasil siasatan itu perlu disegerakan,” katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang akhbar selepas merasmikan upacara pembukaan Kejohanan Sukan Antarabangsa IFMA Muaythai Youth World Championship di Surf Beach Sunway Lagoon di sini hari ini.

Sementara itu, jelasnya, proses bagi menyahklasifikasikan Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 perlu mendapat nasihat Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.

“Proses tersebut perlu mendapat nasihat Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.

“Kalau boleh kita dedahkan kerana kerajaan telus dan tidak mahu melindungi LCS dari tatapan umum supaya rakyat tahu isu sebenar. Saya beri jaminan kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan wang rakyat seperti ini dan kita akan siasat siapa bertanggungjawab, kita akan ambil tindakan, tiada siapa akan terlepas daripada tindakan kalau ada penyelewengan, ” ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: FailLaporan SiasatanLCSSkandal LCSSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd