• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM6.3 Bilion Untuk Pembangunan, Tebatan Banjir Di Selangor

oleh Mohd Arshad
19/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
RM6.3 Bilion Untuk Pembangunan, Tebatan Banjir Di Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Sebanyak RM6.3 bilion diperuntukkan diluluskan kerajaan bagi tujuan pembangunan di Selangor di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) serta lima buah projek tebatan banjir bagi menjamin bencana tersebut di negeri ini tidak berulang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peruntukan tersebut adalah perbelanjaan bagi pelaksanaan pembangunan di bawah Rolling Plan Kedua 2022, RMK-12, yang turut memperuntukkan sejumlah RM4.7 bilion untuk melaksanakan kesemua projek tebatan banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek tebatan banjir itu perlu disegerakan bagi menjamin kejadian banjir teruk yang menjejaskan kesejahteraan penduduk, ekonomi negeri dan negara tidak berulang lagi.

PROAKTIF

Beliau menambah, selain itu, kerajaan turut mengambil langkah proaktif merencana pendekatan baharu termasuk pembinaan infrastruktur yang bersesuaian dan lebih lestari serta menyeluruh di Selangor termasuk menyediakan perumahan Keluarga Malaysia kepada golongan B40 dan M40 di negeri ini.

“RM6.3 bilion peruntukan diluluskan kerajaan bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan fasiliti penyampaian perkhidmatan di Selangor, di bawah Rolling Plan Kedua tahun 2022, Rancangan Malaysia Kedua Belas.

“Suka saya maklumkan, selaras dengan aspirasi Satu Keluarga Satu Rumah, sebanyak 14,329 buah rumah di negeri Selangor siap dibina sehingga bulan Jun 2022 di bawah pelbagai program perumahan seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Ke-8 di pekarangan Kompleks Sukan Shah Alam, hari ini.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan bantuan perniagaan melalui pelbagai skim di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bernilai RM2.4 juta kepada sebuah koperasi dan enam usahawan.

Selain itu, Ismail Sabri menyampaikan sumbangan bernilai RM31,500 melalui Yayasan Keluarga Malaysia kepada 10 anak yatim dari negeri ini yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kadar pengangguran negara menurun sehingga 3.8 peratus pada Jun 2022 berbanding 4.6 peratus pada Ogos tahun lalu yang disumbang oleh tawaran 600,000 peluang pekerjaan menerusi Inisiatif Jamin Kerja bernilai RM4.8 bilion pada 19 Februari lalu.

“Sehingga kini, sebanyak 400,000 diisi di seluruh negara. Alhamdulillah, sejak setahun lalu, kadar pengangguran telah menurun sehingga 3.8 peratus pada bulan Jun 2022, paras terendah sejak pandemik Covid-19 daripada 4.6 peratus pada bulan Ogos 2021.

“Saya sememangnya berharap semua pihak akan terus memberi sokongan terhadap segala inisiatif dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan demi kebaikan seluruh Keluarga Malaysia,” ujarnya.

UtusanOnline-

Tags: PembangunanRMK-12selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd