• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: MCA Serah Pucuk Pimpinan BN Tentukan Pembahagian Kerusi

oleh AK-47
22/08/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: MCA Serah Pucuk Pimpinan BN Tentukan Pembahagian Kerusi
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR GUDANG – Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) akan menentukan pembahagian dan jumlah kerusi ditandingi MCA pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, perkara tersebut akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai dan selagi belum dimuktamadkan pucuk pimpinan BN, jumlah pembahagian kerusi tidak akan didedahkan.

“MCA menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti, soal pembahagian kerusi akan ditandingi parti komponen itu pada PRU15.

“Saya agak keberatan untuk membincangkan mengenai calon yang akan mewakili MCA sehingga ia sudah dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) Cares Keluarga Malaysia di Pelabuhan Johor, pada Isnin.

Ka Siong yang merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam ditanya mengenai jumlah kerusi MCA sama ada sudah diputuskan untuk PRU15.

“Ia (pembahagian kerusi) hanya akan dibuat setelah semuanya dimuktamadkan oleh parti.

“Proses rundingan, perbincangan dan bertukar pendapat perkara biasa, namun kita tidak berbalah. Kita masih adik beradik dalam keluarga yang sama, elok kekalkan keharmonian itu,” katanya.

Dalam pada itu Ka Siong berkata, MCA perlu berusaha lebih kuat untuk membantu kemenangan BN pada PRU15 dan tidak boleh terlalu selesa terutama selepas berjaya menang empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu

“Saya tak kata kita sudah mencapai satu keputusan yang memberangsangkan, tetapi menampakkan perubahan (MCA) apabila menang empat kerusi dengan menewaskan DAP,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: BNMCAPembahagian KerusiPRU15Pucuk Pimpinan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd