• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Kem Tentera Darat Skudai Dibekukan, KCSB Hadapi Masalah Kewangan

oleh Mohd Arshad
15/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Projek Kem Tentera Darat Skudai Dibekukan, KCSB Hadapi Masalah Kewangan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengambil keputusan untuk membekukan sementara Projek pembinaan kem Tentera Darat di Taman Sri Skudai, Johor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia adalah bagi menghormati keputusan Mahkamah Tinggi pada 21 Disember 2018 yang memutuskan supaya syarikat Kausar Consortium Sdn. Bhd. (KCSB) iaitu kontraktor yang bertanggungjawab membina kem itu membayar ganti rugi RM269.5 juta kepada kerajaan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, ia berikutan kegagalan syarikat tersebut untuk menyiapkan projek berkenaan mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu pada 10 Jun 2001 meskipun diberi pelanjutan tempoh sehingga 10 januari 2003.

katanya, Perjanjian Penswastaan Tiga Pihak Bagi Reka Bentuk dan Pembinaan Kem Tentera di Skudai itu telah ditandatangani antara MINDEF dengan KCSB untuk tempoh tiga tahun bermula 10 Julai 1997 hingga 10 Jun 2001 dengan nilai projek sebanyak RM256 juta.

“Bagaimanapun, projek ini terpaksa dihentikan pada Disember 2002 kerana KCSB menghadapi masalah kewangan dan hanya mampu menyiapkan 18.3 peratus daripada keseluruhan skop projek.

“Walaupun beberapa siri libat urus dibuat antara Mindef dan KCSB dari tahun 2003 hingga 2007, namun ia tidak memberikan hasil dan notis penamatan perjanjian telah dikuatkuasakan pada 11 April 2011,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Teo Eng Tee (PN-Gerakan) yang ingin tahun perkembangan projek tersebut.

Menurut Ikmal Hisham, MINDEF telah memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 April 2017 bagi membuat tuntutan ganti rugi kepada KCSB demi melindungi kepentingan kerajaan.

Jelasnya, pada masa ini, tuntutan ganti rugi tersebut sedang dalam tindakan penguatkuasaan oleh Unit Pelaksanaan dan Penguatkuasaan, Jabatan Peguam Negara (AGC).

Sehubungan itu, katanya, pelaksanaan projek pembinaan kem itu terpaksa ditangguhkan sehingga satu tempoh berdasarkan kepada nasihat daripada AGC.

-Kosmo Online

Tags: dibekukanKCSBMasalah KewanganProjek Kem Tentera Darat Skudai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Dakwa Hakim Datuk Nazlan Ada Konflik Kepentingan

Next Post

Peniaga Sayur Tetak Bekas Majikan Dipenjara Dua Tahun

Related Posts

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di...

Masalah Kewangan Punca Pekerja Bunuh Majikan

Masalah Kewangan Punca Pekerja Bunuh Majikan

04/01/2024
0

Ipoh : Perselisihan faham mengenai masalah kewangan dikenal pasti sebagai punca yang membawa kepada pembunuhan seorang wanita di sebuah kedai...

Next Post
Peniaga Sayur Tetak Bekas Majikan Dipenjara Dua Tahun

Peniaga Sayur Tetak Bekas Majikan Dipenjara Dua Tahun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd