Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Bomba Antara Wira Tangani...

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diberi tanggungjawab mengetuai...

VIDEO: KLCC Kecoh Bila...

PENGUNJUNG Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur ataupun lebih dikenali sebagai KLCC pada...

KKM Sedia Laksana Imunisasi...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) sudah bersedia untuk melaksanakan Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa...

“PM Suka Cara Saya...

MESKIPUN terpalit dengan kritikan berkenaan kredibiliti sebagai moderator Dialog TN50 yang berlangsung malam...

Program Basmi Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia Hadapi Karenah

KOTA BHARU : Kerenah tertentu di peringkat pusat dan kerajaan negeri antara cabaran yang dihadapi bagi projek rintis fasa pertama Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang bermula Jun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata segala masalah yang timbul itu akan diselesaikan secara baik dalam masa terdekat bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar untuk fasa seterusnya.

“Antara lain cabaran yang dihadapi adalah status ketua isi rumah (KIR) miskin tegar yang dinamik, pemilihan aktiviti ekonomi yang kurang sesuai, model pelaksanaan projek yang kurang mampan serta penyertaan rakan strategik yang masih rendah.

“Segala masalah yang timbul untuk projek rintis BMTKM membabitkan 80 lokaliti akan diselesaikan dalam terdekat bagi memastikan fasa kedua dan ketiga yang dilancarkan nanti berjalan lancar,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mustapa berkata, fasa kedua dijangka bermula pada pertengahan ini di 100 lokaliti lagi dengan pembabitan seramai 5,000 KIR miskin tegar.


“Fasa tiga pula dijangka dilancarkan Disember ini dan berharap ianya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang

“Kerajaan mengalu-alukan penyertaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pihak swasta sebagai rakan strategik BMTKM. Penghargaan juga diberikan kepada pihak yang memberikan komitmen termasuk, Yayasan Hasanah, FGV Holdings Berhad, The Asia Foundation, Shopee Malaysia Sdn Bhd, Axiata Foundation, AgroBank, Dialog Group Berhad dan UMW Holding Berhad,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) sehingga 15 Ogos lalu, kadar kemiskinan tegar berjumlah 134,853 KIR di seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah itu, Kelantan merekodkan kadar kemiskinan tegar ketiga tertinggi di Malaysia iaitu seramai 15,455 KIR.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori