• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Masih Siasat Siapa Pembeli Pemegang Cip RM4.2 Juta

oleh Mohd Arshad
30/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Masih Siasat Siapa Pembeli Pemegang Cip RM4.2 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang masih menjalankan siasatan berhubung siapa pembeli sejumlah pemegang cip bernilai RM4.2 juta yang dirompak dari sebuah stor kilang di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, pada 5 Julai lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pemegang cip itu mempunyai fungsi yang rumit dan tidak mungkin dijual kepada orang biasa.

“Sehingga kini, kita sudah buat tangkapan tujuh individu dan boleh dikatakan telah berjaya menyelesaikan kes berkenaan, namun kita tidak dapat menjumpai kembali barang yang telah dicuri.

“Sekiranya ia dijual di luar negara, sudah tentu mereka (pembeli) tahu kegunaan (pemegang cip) dan barang itu terlalu canggih dan ia tidak digunakan orang biasa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki termasuk dua pengawal keselamatan dan seorang pekerja kilang berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun, adalah warga tempatan.

“Dalam konteks ini, saya hanya boleh menasihati pemilik kilang dan gudang agar mereka menggajikan pekerja yang berwibawa dan mempunyai rekod bersih,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, suspek dikatakan memecah masuk stor dan mengikat dua pengawal keselamatan yang bertugas sebelum melarikan 16 kotak mengandungi pemegang cip menggunakan sebuah lori.

BHonline-

Tags: cippemegangRompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

14/07/2025
0

Alor Gajah: Lelaki lalok dadah syabu dicekup polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah, samun dan merompak kedai serbaneka di bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd