• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Dua Suspek Pecah Rumah

oleh Mohd Arshad
11/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Buru Dua Suspek Pecah Rumah
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Polis sedang mengesan dua lelaki bersenjatakan parang yang cuba menyamun sebuah rumah di Taman Tasek Indra dekat sini yang videonya tular di media sosial.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan mendapati kejadian berkenaan berlaku sekitar pukul 6.40 pagi pada Jumaat lalu.

Katanya, dalam kejadian itu, cubaan suspek untuk menyamun tidak berjaya kerana telah disedari awal oleh penghuni rumah berkenaan.

“Pihak polis mengesan satu video tular yang memaparkan kejadian seorang lelaki cuba menyamun sebuah rumah. Siasatan mendapati kejadian itu berlaku di Taman Tasek Indra di sini.

“Pihak polis sedang mengesan suspek terlibat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Terdahulu, tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 11 saat yang memaparkan seorang lelaki berlari masuk ke dalam sebuah rumah sambil memegang sebilah parang.

Bagaimanapun, tindakan itu berjaya dihalang lelaki dipercayai penghuni rumah dengan segera menutup pintu utama kediaman berkenaan.

Kejadian itu sebelum ini didakwa berlaku di Taman Kemiri, Sungai Siput sedangkan lokasi sebenar ialah di Taman Tasek Indra, Ipoh.

-Utusan Online

Tags: burupecah rumahpolisSuspek
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd