• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penutupan Jalan Berfasa, Kerja Naik Taraf Saliran

oleh AK-47
20/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penutupan Jalan Berfasa, Kerja Naik Taraf Saliran
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Penutupan jalan bagi kerja naik taraf sistem saliran di Jalan SS 19/7 telah dilaksanakan secara berfasa sejak 12 Ogos lalu dan dijangka selesai selewatnya Oktober depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Azfarizal Abdul Rashid berkata, projek itu dilaksanakan bagi menangani isu banjir kilat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lick Hung dan Masjid Abu Bakar As-Siddiq.

Menurutnya, penutupan jalan dilakukan secara dua fasa bagi melancarkan kerja pemasangan ‘Box Culvert With Dry Weather Flow’ di sebahagian Jalan SS 19/7.

“Fasa satu bermula dari Restoran Choy Kee dan Pusat Tuisyen Literasi sepanjang 80 meter yang dilaksanakan sejak 12 Ogos lalu hingga 12 September 2022.

“Ia disusuli fasa dua melibatkan penutupan jalan bagi di belakang Klinik Dr Rosli sehingga simpang Jalan SS19/7 dan SS19/7A bermula 13 September sehingga 13 Oktober 2022,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, MBSJ telah menyediakan penunjuk arah lalu lintas, notis pemberitahuan serta penghadang di lokasi terlibat untuk melancarkan aliran lalu lintas.

“Pengguna disaran untuk menggunakan jalan alternatif di Jalan SS 19/2.

“Pembukaan semula jalan akan dilaksanakan pada 27 Oktober depan setelah selesai kerja-kerja naik taraf sistem saliran,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azfarizal pelanggan disarankan untuk terus melayari laman sesawang MBSJ di www.mbsj.gov.my dan platform media sosial rasmi MBSJ untuk maklumat lanjut.

-Sinar Harian

Tags: Kerja Naik TarafPenutupan Jalan BerfasaSaliran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd