• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat Hadi Minallah Tidak Wujud

oleh AK-47
09/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pejabat Hadi Minallah Tidak Wujud
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Lokasi yang dipercayai menjadi markas pengikut Yayasan Nur Mutiara Makrifatullah atau ajaran Hadi Minallah yang didakwa di sebuah kondominium di Taman Danau Kota, Setapak di sini, didapati tidak wujud.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tinjauan Harian Metro mendapati alamat yang tertera pada poster promosi perkhidmatan konsultan itu adalah premis ruang kosong.

Wartawan turut dimaklumkan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium terbabit alamat berkenaan adalah tidak lengkap.

Bagaimanapun, badan pengurusan itu memaklumkan pihak berkuasa juga turut datang ke kondominium itu semalam bagi mendapatkan maklumat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pihaknya berkerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi melaksanakan siasatan serta tindakan susulan terhadap kegiatan kumpulan Hadi Minallah.

“Sebarang usaha menyebarkan ajaran yang bercanggah dengan akidah Islam haruslah dibanteras habis-habisan.

“Umat Islam disarankan agar sentiasa merujuk kepada autoriti agama bagi mengenal pasti dan menangkis anasir-anasir mengelirukan dari segi akidah, syariah, dan pemikiran yang memesongkan akidah serta menjauhkan diri dari sebarang kegiatan yang menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Menurutnya, tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Ajaran Hadi Minallah didakwa aktif menyebarkan dakyah sesat mereka melalui YouTube, Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah.

Berdasarkan video tular itu, seorang lelaki yang mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minnallah Aminnullah Ahmad berasal dari Indonesia.

Jumaat lalu, media melaporkan kerajaan sedang memantau pergerakan kumpulan ajaran sesat dari negara jiran, Hadi Minnallah yang kini dikesan aktif di beberapa negeri di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dilapor berkata, fahaman berkenaan nyata dan jelas menyimpang daripada ajaran sebenar Islam.

-Harian Metro

Tags: Hadi Minallahpejabat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN UMNO Tinggalkan Pejabat Exco Negeri Sembilan?

ADUN UMNO Tinggalkan Pejabat Exco Negeri Sembilan?

28/04/2026
0

SEREMBAN - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Negeri Sembilan yang memegang jawatan exco kerajaan negeri telah diminat mengosongkan...

Pegawai Menteri Mula Kosongkan Pejabat

Pegawai Menteri Mula Kosongkan Pejabat

05/10/2022
0

PUTRAJAYA - Bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kian terasa apabila beberapa pegawai lantikan politik di kementerian bertindak mengosongkan bilik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd