Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Nilai Rt COVID-19 Bawah...

KUALA LUMPUR - Negara merekodkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 (Rt) pada 0.88 untuk tempoh...

Kumpulan Azmin Ikrar Sokong...

KUMPULAN 11 ahli parlimen yang dipecat dan keluar dari PKR mengulangi sokongan kepada...

Dr Yaakob Sapari Di...

KUALA LUMPUR - PKR dijangka mempertaruhkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota...

Guna Racun Ubat Kutu,...

JAKARTA - Dua orang kanak-kanak dilaporkan telah meninggal dunia manakala ibunya serta seorang...

Nilai Import Makanan Negara Naik Lebih Tinggi Tahun Ini

KUALA LUMPUR : Nilai import makanan Malaysia dijangka lebih tinggi tahun ini melepasi paras tertinggi yang pernah direkodkan tahun lalu iaitu sebanyak RM63 bilion setahun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, import makanan yang direkod negara pada suku pertama tahun ini sahaja sudah mencecah RM17.8 bilion.

“Kalau 2020 kita bising, sebab RM50 bilion kita import barang makanan dari luar. Tahun 2021, import naik lagi iaitu sebanyak RM63 bilion dan kita jangka pada tahun ini, kalau kita ukur dari suku pertama (2022) sampai Mac, angka yang kita kumpul sudah sebanyak RM17.8 bilion.

“Ini baru satu (suku, RM17.8 bilion), kalau kita kalikan dengan empat suku, kita (nilai import makanan) melebihi angka 2021,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

RUU itu diluluskan Dewan Rakyat secara sebulat suara, antara lain membolehkan Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai kuasa menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun mengumumkan RUU itu diluluskan tanpa pindaan selepas bacaan kali ketiga, selepas ia dibahaskan kira-kira tiga jam oleh 16 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, bekalan makanan import masih diperlukan rakyat, selain bertujuan untuk menawarkan harga pilihan yang lebih murah kepada pengguna, terutama rakyat yang memerlukan.


“Kita juga perlu sentiasa memberi sokongan kepada usaha kerajaan terutama petani, penternak dan nelayan, yang juga orang yang banyak berkorban demi memastikan bekalan makanan negara stabil,” katanya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporannya sebelum ini memaklumkan, pada 2020, Malaysia mengimport RM55.5 bilion produk makanan berbanding eksport sebanyak RM33.8 bilion, dengan nilai import makanan terkumpul berjumlah RM482.8 bilion dalam tempoh 10 tahun, berbanding eksport berjumlah RM296 bilion.

Menjawab teguran Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Ramli Mohd Nor pada sesi dewan pagi tadi kerana tidak memperkasa penggunaan Bahasa Malaysia dalam draf RUU, Ahmad berkata, penggubalan RUU itu sudah dibuat dengan teliti selaras dengan format penggubalannya.

“Penggubalan RUU FAMA oleh Jabatan Peguam Negara sudah dibuat dengan teliti, selaras dengan format penggubalan undang-undang yang mantap, yang juga digunakan dalam penggubalan semua RUU yang dikemukakan dalam Parlimen,” katanya.

Beliau berkata, akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sudah diwartakan pada 1995 iaitu hanya diterbitkan dalam teks edisi bahasa Inggeris dan tiada naskhah terjemahan dalam bahasa kebangsaan dibuat setakat ini.

“Penggubalan RUU berkaitan Akta FAMA dibuat dalam terjemahan Bahasa Inggeris, hanya arahan penggubalan sahaja kita buat dalam teks bahasa kebangsaan. Berkenaan isu tanda baca atau pengikat kata, dia ada pembuka dan penutup kata, itu adalah salah satu yang diperlukan dalam apa-apa RUU yang kita gubal,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori