Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Jalan Tutup Sempena Acara...

KUALA LUMPUR – Beberapa laluan di sekitar terowong SMART akan ditutup mulai pukul...

Ikan Air Tawar Kini...

KANGAR - Tidak ada kurangnya memakan ikan air tawar dari segi rasa dan...

Walau Dilabel ‘Kayu’, Fattah...

WALAUPUN lakonannya sentiasa dikritik sebagai 'kayu', namun aktor popular Fattah Amin ini tersenarai...

Nik Zawawi Diarah Tarik...

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

NASA Kagum Temui Bulan Paling Kecil Di Hujung Sistem Suria

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyatakan bahawa saintis-saintisnya menemui ‘bulan mini’ yang dikesan mengorbit sebuah asteroid di pinggir sistem suria, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Batu satelit berdiameter kira-kira lima kilometer (km) itu ditemui mengorbit sebuah asteroid kecil berhampiran planet Musytari bernama Polymele.

Saiz Polymele adalah sekitar 27 kilometer dan jika objek yang mengorbitnya itu disahkan sebagai satelit, ia akan menjadi salah satu bulan paling kecil pernah ditemui.

Bulan itu ditemui oleh pasukan NASA yang menjalankan misi Lucy dengan menghantar sebuah kapal angkasa penjelajah lepas ke pinggir sistem suria untuk mengumpul data mengenai beberapa asteroid Trojan yang merupakan dua gugusan batu besar terletak di orbit Musytari.

“Pada 27 Mac lalu, pasukan sains Lucy mendapati bahawa sasaran asteroid Trojan terkecil, Polymele, mempunyai satelitnya sendiri,” demikian kenyataan agensi itu.


Ketika ditemui, asteroid berkenaan berada di hadapan bintang jauh yang membolehkan penyelidik mengkaji dengan tepat saiz batu angkasa terbabit.

Mereka memerhati sejauh mana cahaya bintang itu disekat oleh asteroid tersebut. Ketika berbuat demikian, mereka melihat kelibat yang lebih kecil melepasi Polymele.

Batu satelit dan asteroid pusatnya itu terletak sejauh kira-kira 200 kilometer.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori