Sample Page Title

Malaysia telah menandatangani dua daripada lima perjanjian atau konvensyen angkasa lepas antarabangsa berkaitan angkasa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan melindungi dan menjaga keselamatan serta kedaulatan negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (Mosti) dalam kenyataan hari ini berkata dua perjanjian atau konvensyen yang telah ditandatangani ialah ‘Treaty on Principle Governing the Activities of States in the Exploration and Use of Outer Space, Including the Moon and Other Celestial Bodies, 1967 (OST 1967)’ dan ‘Agreement on the Rescue of Astronauts, the Return of Astronauts and the Return of Objects Launched into Outer Space, 1968 (ARRA 1968)’.

“Proses meratifikasi atau menganggotai kesemua perjanjian atau konvensyen itu sedang dipertimbangkan selaras dengan kepentingan negara,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan United Nation-Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (UNCOPUOS) sejak tahun 1994 menunjukkan komitmen negara untuk melaksanakan tanggungjawabnya dalam sektor angkasa di peringkat antarabangsa.

“Komitmen negara ini telah dibuktikan melalui pewartaan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] pada 25 Januari 2022.

“Akta 834 ini membolehkan kerajaan melalui Mosti menimbangkan tindakan yang perlu bagi meratifikasi kesemua perjanjian atau konvensyen antarabangsa berkaitan angkasa, selaras dengan keutamaan dan kepentingan negara,” katanya.

Menurut kenyataan itu tiga lagi perjanjian atau konvensyen antarabangsa berkaitan angkasa yang belum ditandatangani ialah ‘Convention on International Liability for Damage Caused by Space Objects, 1972 (LIAB 1972)’; ‘Convention of Registration of Objects Launched into Outer Space, 1975 (REG 1975)’ dan Agreement Governing the Activities of State on the Moon and Other Celestial Bodies, 1979 (MOON 1979).

-Malaysia Kini

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...