• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Montenegro: Kerajaan Abazovic Tumbang Selepas Tiga Bulan Berkuasa

oleh Mohd Arshad
20/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Montenegro: Kerajaan Abazovic Tumbang Selepas Tiga Bulan Berkuasa
Share on FacebookShare on Twitter

ZAGREB: Kerajaan Montenegro pimpinan Perdana Menteri, Dritan Abazovic ditumbangkan menerusi undi tidak percaya hanya selepas tiga bulan berkuasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Parlimen Montenegro yang mempunyai 81 kerusi mengadakan undi tidak percaya semalam, dan 50 Ahli Parlimen menyokong usul itu sekali gus menyingkirkan Abazovic.

Usul itu dibentangkan Parti Demokrat Sosialis (DPS) diketuai Presiden Montenegro, Milo Dukanovic, lapor Agensi Berita Croatia (HINA).

Barisan Kabinet Abazovic akan meneruskan mentadbir negara di bawah kerajaan sementara menunggu kerajaan baharu dibentuk.

Sejak kali terakhir pilihan raya parlimen diadakan dua tahun lalu menyaksikan dua kali perubahan kerajaan berlaku di Montenegro.

Pada Februari tahun ini, Kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Zdravko Krivokapic digulingkan sebelum digantikan dengan kerajaan pimpinan Abazovic pada April.

Bagaimanapun, pada awal Ogos, Abazovic menandatangani satu perjanjian penting antara Montenegro dan Gereja Ortodoks Serbia (SPC) di Podgorica yang mencetuskan bantahan DPS.

Baru-baru ini DPS mempertikaikan kesepakatan itu dan mengumumkan bakal menumbangkan kepimpinan Abazovic untuk membolehkan kerajaan baharu membatalkan perjanjian berkenaan.

Bernama-

Tags: Kerajaan Abazovic
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd