• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Permohonan Peguam Syed Saddiq Dapatkan Salinan Percakapan Saksi

oleh AK-47
23/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Tolak Permohonan Peguam Syed Saddiq Dapatkan Salinan Percakapan Saksi
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak pembelaan hari ini gagal mendapatkan salinan rakaman percakapan seorang saksi utama pendakwaan yang direkod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perbicaraan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini berikutan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid yang menolak permohonan peguam Gobind Singh Deo untuk mendapatkan salinan percakapan saksi pendakwaan ke-13, bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia Rafiq Hakim Razali.

Sebelum ini, Gobind berhujah pernyataan yang dirakam oleh SPRM pada 2020 itu penting kerana wujud dua senario bercanggah yang diberikan oleh saksi tersebut berhubung kutipan dana untuk tujuan kempen Ahli Parlimen Muar itu.

Beliau berkata Rafiq Hakim memberitahu pegawai penyiasat SPRM bahawa wang dalam akaun Armada adalah hasil kutipan dana orang ramai oleh Syed Saddiq sendiri untuk berkempen di Muar, namun ketika memberi keterangan lisan di mahkamah, saksi itu menyatakan dana tersebut dikumpul untuk kegunaan Armada.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bagaimanapun memohon permohonan itu ditolak atas alasan pembelaan gagal meyakinkan mahkamah bahawa mereka telah memenuhi syarat di bawah Seksyen 51 Kanun Tatacara Jenayah.

Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di Kuala Lumpur pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di Kuala Lumpur antara 8 dan 21 April 2018.

Ahli Parlimen Muar itu juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

-Malaysia Kini

Tags: Kes Syed SaddiqmahkamahpermohonansaksiSalinan PercakapanSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cuba Ragut Wanita, 2 Lelaki Diberkas Orang Awam

Next Post

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

Syed Saddiq Berniat Jahat, Guna Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta: Pendakwaan

20/03/2025
0

Putrajaya: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan political mileage (manfaat politik)...

Next Post
Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd