• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Libas Pedang, Kapak Dalam 2 Kejadian

oleh AK-47
05/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Libas Pedang, Kapak Dalam 2 Kejadian
Share on FacebookShare on Twitter

Sungai Petani : Hanya kerana menegur cara menunggang motosikal yang dianggap berbahaya dan memanggil tanpa menggunakan nama, seorang pengawal keselamatan parah apabila kepalanya dilibas pedang oleh sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian di tapak projek perumahan di Bukit Banyan dekat sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Difahamkan, mangsa yang berusia 58 tahun sebelum itu dikatakan menegur seorang lelaki dipercayai pekerja di tapak projek berkenaan dengan perkataan ‘hoi’ kerana dia menunggang secara berbahaya di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, teguran itu dikatakan membuatkan suspek berang sebelum mangsa didatangi tiga lelaki tidak lama kemudian dalam kejadian pada 4.15 petang.

“Ketika itu berlaku pertengkaran antara kedua-dua lelaki berkenaan dan suspek yang berang dikatakan mengambil sebilah pedang sebelum melibas kepala mangsa.

“Berikutan itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala serta tangan kiri dan polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, susulan daripada itu seorang lelaki berusia 41 tahun berjaya ditahan pada 8 malam hari yang sama dan siasatan lanjut membawa kepada rampasan sebilah pedang dan pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian.

“Selain daripada itu, kita juga menahan seorang lelaki dipercayai rakan suspek berusia 37 tahun yang turut berada di lokasi kejadian ketika itu bagi membantu siasatan kes terbabit.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut untuk mengenalpasti motif sebenar kejadian masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan selepas disyaki melibas kapak terhadap seorang lelaki ketika perarakan Chariot (pedati berhias) di Taman Ria Jaya di sini, awal pagi semalam dalam kejadian berasingan.

Sumber berkata, suspek ditahan pada 1 pagi dan siasatan mendapati suspek ketika itu mencabut bunga pada patung kuil yang berada bawah khemah sebelum perbuatannya ditegur mangsa.

“Berlaku pergaduhan antara mereka sebelum suspek yang berang dan tidak dapat mengawal diri mengambil kapak yang diselit di pinggang dan melibas ke arah mangsa.

“Mangsa bagaimanapun sempat mengelak namun libasan kapak itu terkena bahu kanannya dan suspek juga turut mengugut akan mencederakan sekiranya terserempak mangsa di mana-mana tempat selepas itu,” katanya.

Menurut sumber, suspek berjaya ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian oleh sepasukan polis namun dia pada mulanya cuba bertindak agresif kerana mahu melarikan diri dan berlaku pergelutan.

“Ketika ditahan suspek masih memegang kapak berkenaan dan tindakan pantas anggota polis berjaya menghalang lelaki terbabit daripada mencetuskan keadaan lebih buruk.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: kapakPedang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Amuk Bawa Kapak Ditahan

19/07/2019
0

LELAKI berusia 34 tahun yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol ditahan selepas mengamuk dengan bersenjatakan kapak dalam kejadian di sebuah...

Bapa Kapak Kemaluan Anak Mahu Halau Roh Jahat

30/11/2017
0

DUNIA sekarang dipenuhi ramai orang gila. Salah seorang adalah lelaki ini yang sanggup memotong kemaluan anak lelakinya dengan kapak hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd