• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Setengah Juta Nilai Subsidi Program MyGrocer@Wilayah

oleh AK-47
09/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lebih Setengah Juta Nilai Subsidi Program MyGrocer@Wilayah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah memberikan subsidi berjumlah RM581,000 menerusi Program Jualan Rakyat MYGrocer@Wilayah sejak 14 Julai lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, program yang diadakan sekali seminggu untuk penduduk di Kuala Lumpur dan Labuan itu bertujuan membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup melalui penyediaan jualan ayam dan telur ayam.

“KWP memberikan kadar subsidi bersasar sebanyak RM3 bagi pembelian seekor ayam (super) manakala RM0.50 subsidi bagi 10 biji telur ayam. Pemberian subsidi ini akan memanfaatkan seramai 147,000 penduduk yang tinggal di 61 Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Kuala Lumpur.

“Sehingga 5 Ogos 2022, seramai 63,296 penerima manfaat telah menikmati subsidi ayam segar dan telur ayam di Kuala Lumpur dengan nilai subsidi yang telah dibiayai oleh KWP sebanyak RM221,536,” katanya dalam sidang Dewan Negara pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berhubung tindakan diambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi.

Shahidan menjelaskan, para pembekal di bawah program berkenaan turut menjual barangan keperluan asas seperti ikan, daging, sayur-sayuran dan barangan makanan kering seperti gula, tepung dan minyak masak pada kadar lima hingga 20 peratus lebih murah berbanding pasar awam berdekatan penduduk, khususnya di PPR dan PA di Kuala Lumpur.

Katanya, ini merupakan inisiatif pembekal sendiri tanpa melibatkan subsidi daripada kementerian.

Sementara itu mengenai pelaksanaan Program Jualan Rakyat MYGrocer@Wilayah di Labuan, program berkenaan dilaksanakan melalui peruncit yang dikenal pasti Perbadanan Labuan bagi memudahkan pemberian subsidi serta aksesibiliti kepada kumpulan sasar.

Pemberian subsidi tersebut katanya dijangka memanfaatkan seramai 15,000 penduduk di Labuan.

“Mulai 15 Ogos ini, KWP akan melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia, selaras dengan arahan dan keputusan Jawatankuasa Jihad Menangani Inflasi.

“Melalui program ini, penduduk di PPR atau PA bakal mendapat manfaat dari jualan murah sebanyak dua kali seminggu, yang bakal dilaksanakan kelak,” katanya.

Dalam pada itu Shahidan berkata, beberapa inisiatif lain turut dilaksanakan KWP dalam usaha menangani isu kos sara hidup rakyat antaranya MYSchoolBus@Wilayah, MYJob@Wilayah, MYMedic@Wilayah dan MYFood@Wilayah.

Di samping itu katanya, kerjasama dengan DBKL dibuat bagi menyediakan kemudahan perumahan untuk sewaan dengan kadar mampu milik melalui program Rumah Majlis (Council Home) serta Rumah Mikro (Micro Housing).

“Selain daripada itu, KWP turut melaksanakan langkah-langkah proaktif dengan mewujudkan program jaringan sosial bertujuan meningkatkan pendapatan melalui keusahawanan seperti Program Usahawan Muda Kota dan pemberian lesen perniagaan kecil Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga (IWBB),” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Program MyGrocer@Wilayahsubsidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd