• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lantikan S Gobi Krishnan Dibatalkan – Shahidan

oleh Mohd Arshad
10/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lantikan S Gobi Krishnan Dibatalkan – Shahidan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan S Gobi Krishnan sebagai Ahli Lembaga Pelesenan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), berkuat kuasa 4 Ogos lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Shahidan berkata, kementerian membuat carian kebankrapan individu menerusi Jabatan Insolvensi Malaysia pada 3 Ogos lalu dan keputusan diterima mengesahkan S Gobi Krishnan berstatus bankrap mulai 7 Januari 2021.

“Berdasarkan semakan undang-undang yang dibuat oleh kementerian ini, didapati walaupun berstatus bankrap, pelantikan beliau bagi tempoh 20 Julai 2021 hingga 3 Ogos 2022 adalah teratur serta tidak melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan.

“Akta Eksais 1976 (Akta 176) tidak memperuntukkan bahawa seseorang yang bankrap tidak boleh dilantik menjadi Ahli Lembaga Pelesenan. Akta itu juga tidak memperuntukkan bahawa jawatan itu secara automatiknya menjadi kosong jika Ahli Lembaga Pelesenan berstatus bankrap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahidan berkata, S Gobi Krishnan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pelesenan WPKL berkuat kuasa mulai 20 Julai 2021 hingga 19 Julai 2023 berdasarkan perwakilan kuasa yang dibuat di bawah Seksyen 86 Akta 176 yang sudah pun diwartakan melalui P.U. (B) 359/2014 pada 24 Julai 2014.

“Dalam hal ini, Menteri Kewangan mewakilkan kuasanya di bawah seksyen 31 Akta 176 kepada Menteri Wilayah Persekutuan untuk menubuhkan Lembaga Pelesenan dan melantik ahli Lembaga Pelesenan bagi Wilayah Persekutuan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: S Gobi Krishnan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Puspakom Sedia Tambah Baik Pemeriksaan Kenderaan Berat

Next Post

Lesen Untuk Penunggang P-Hailing Berbeza Daripada GDL

Related Posts

No Content Available
Next Post
Lesen Untuk Penunggang P-Hailing Berbeza Daripada GDL

Lesen Untuk Penunggang P-Hailing Berbeza Daripada GDL

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd