• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Polis Jepun Letak Jawatan

oleh Mohd Arshad
25/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ketua Polis Jepun Letak Jawatan
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Ketua Agensi Polis Negara Jepun, Itaru Nakamura mengumumkan peletakan jawatan semalam, selepas siasatan mengenai pembunuhan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe pada bulan lalu selesai.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Kami membuat keputusan untuk merombak kakitangan dan memulakan ‘lembaran baharu’ bagi tugas-tugas keselamatan.

“Disebabkan itu, saya menyerahkan notis peletakan jawatan kepada Suruhanjaya Keselamatan Awam Negara,” kata Nakamura kepada pemberita.

Beliau membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar yang memperincikan mengenai hasil siasatan berhubung kelemahan dalam sistem keselamatan tentang bagaimana seorang bekas Perdana Menteri sepatutnya dilindungi.

“Ketika meneliti dan menilai semula insiden tersebut, kami membuat keputusan untuk memulakan semula dan merombak sistem keselamatan,” ujar Nakamura.

Pada 8 Julai lepas, Abe ditembak lalu meninggal dunia ketika berkempen di wilayah Nara.

Suspek pembunuhan tersebut ditahan serta-merta dan dipercayai menyasarkan Abe kerana percaya beliau mempunyai kaitan dengan sebuah pertubuhan keagamaan.

Abe merupakan Perdana Menteri paling lama berkhidmatan di Jepun, namun sistem keselamatan dilihat agak longgar ketika beliau menyampaikan ucapan di sebatang jalan di wilayah barat Jepun itu.

Polis di kawasan tersebut turut mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam sistem keselamatan bekas pemimpin berkenaan ketika itu.

Kosmo-

Tags: jepunketua polisletak jawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry, Fadhlina Diminta Letak Jawatan, Gagal Menentang Pengiktirafan UEC – Hassan

Zambry, Fadhlina Diminta Letak Jawatan, Gagal Menentang Pengiktirafan UEC – Hassan

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek disaran meletak jawatan....

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd