• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerugian Bersih Malaysia Airports Mengecil Sebanyak 63.6%

oleh Mohd Arshad
27/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerugian Bersih Malaysia Airports Mengecil Sebanyak 63.6%
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Kerugian bersih Malaysia Airports Holdings Berhad mengecil sebanyak 63.6 peratus kepada RM162.9 juta bagi separuh tahun berakhir 30 Jun 2022 daripada RM447.4 juta pada tempoh sama tahun lalu, dipacu pergerakan penumpang yang lebih tinggi serta inisiatif kecekapan kos yang berterusan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kumpulan turut menyaksikan peningkatan ketara dalam Perolehan Sebelum Cukai Faedah, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) dan hasil sejajar dengan peningkatan ketara pergerakan penumpang dalam kedua-dua operasi Malaysia dan Turki.

Menurut kenyataan, kumpulan merekodkan EBITDA sebanyak RM471.7 juta dengan hasil 90.9 peratus lebih tinggi kepada RM1.26 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

“EBITDA untuk operasi kumpulan di Malaysia berjumlah RM26.1 juta manakala operasi Qatar bernilai RM5.7 juta.

“Selain itu, EBITDA operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG), Turki berjumlah RM439.9 juta, atau 97.6 peratus lebih tinggi berbanding separuh pertama 2021,” katanya.

Pembukaan semula sempadan negara menyaksikan pergerakan trafik penumpang melonjak kepada 20.3 juta untuk tempoh dikaji, meningkat 6.8 kali ganda berbanding tahun lalu.

Pada Jun lalu, bilangan penumpang antarabangsa telah kembali sebanyak 29.6 peratus daripada paras Jun 2019, manakala faktor muatan antarabangsa berjumlah 72.9 peratus.

Trend yang menggalakkan ini datang selepas hanya tiga bulan kelonggaran dalam sekatan perjalanan untuk Malaysia, memberikan keyakinan trafik antarabangsa mendapat momentum, sekali gus menandakan titik perubahan untuk pemulihan pendapatan.

Operasi Turki kumpulan di ISG mencatatkan 13.8 juta jumlah pergerakan penumpang pada separuh pertama 2022, bersamaan dengan 81.6 peratus pergerakan penumpang semasa tempoh pra-pandemik yang sama pada 2019.

Pergerakan penumpang antarabangsa ISG adalah 5.1 peratus lebih tinggi daripada tahap pra-pandemik, dengan hasil aeronautik yang lebih tinggi mempercepatkan keuntungan.

Secara keseluruhan, kumpulan mencatatkan 34.1 juta pergerakan penumpang pada separuh pertama tahun ini, peningkatan tiga kali ganda berbanding 2021, yang juga merupakan pemulihan 50 peratus jumlah penumpang sebelum Covid-19.

Pada masa yang sama, Moody’s Investors Service (Moody’s) telah mengumumkan perubahan dalam tinjauan ke atas Malaysia Airports daripada negatif kepada stabil selain mengesahkan penarafan A3nya.

“Perubahan prospek dan pengesahan penarafan mencerminkan jangkaan kami bahawa dana lapangan terbang daripada operasi (FFO) kepada hutang akan mengukuh sehingga melebihi paras toleransi penarafan A3 iaitu tujuh ke lapan peratus dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai perkara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, ini merupakan perkembangan positif bagi kumpulan.

“Usaha yang diambil untuk memperjuangkan kecemerlangan dan kecekapan operasi ditambah dengan pengurusan kewangan yang berhemat mula membuahkan hasil selepas dua tahun yang sangat mencabar,” ujarnya.

-Utusan Online

Tags: Kerugian BersihMalaysia Airports
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airports Sahkan Entiti Swasta Ambil Alih Subang

07/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd hari ini menjelaskan bukan sesuatu yang luar biasa bagi pasaran untuk mengemukakan cadangan...

Malaysia Airports Akan Kutip RM41.5 Juta Tunggakan PSC AirAsia

24/07/2019
0

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd. akan mengambil langkah untuk mengutip tunggakan caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang perlu dibayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd