Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 28 jam bermula 8...

Video: Kereta Terbalik Ketika...

LUMRAH apabila rakan-rakan menumpang atau menaiki satu kereta bersama, pasti akan melakukan perkara yang...

Tekun Nasional Sasar Lahirkan...

SUBANG - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) mensasar untuk melahirkan kira-kira...

APMM Turut Lancarkan Operasi...

SETIU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut meyertai operasi mencari dan menyelamat...

Kerajaan Akan Bincang Cadangan Eksport Semula Ayam: PM

SERDANG – Kerajaan akan membincangkan cadangan untuk membenarkan semula eksport ayam ke luar negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, ia susulan permohonan daripada penternak yang mahu kerajaan mengkaji semula larangan eksport itu.

“Kita akan bincang dan kalau rasa kita boleh benarkan eskport, dan dari segi bekalan dalam negara tidak berkurangan kerana eksport itu, mungkin kita boleh pertimbangkan untuk semak semula (larangan eksport),” katanya di sini hari ini.

“Ini sedang dibincangkan dan akan dibentangkan (Menteri Pertanian dan Industri Makanan) Datuk Seri (Dr) Ronald (Kiandee) secara terperinci, berapakah jumlah pengeluaran ayam untuk bulan depan. Adakah akan memberi kesan kalau kita lepaskan (benarkan) eksport.

“Kita takut nanti buka eksport 3.6 juta ekor sebulan, kalau kita buka (eksport), takut terkesan pula dari segi bekalan dalam negara. Bila bekalan kurang, harga mesti naik kerana permintaan melebihi penawaran. Sebab itu saya minta MAFI (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) tengok secara terperinci dari segi unjuran pengeluaran ayam untuk bulan depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pavilion Pahang pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancomgan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Ismail Sabri berkata, kerajaan akan melihat kepentingan semua pihak supaya sebarang keputusan yang diambil mengenai eksport ayam, tidak akan memberi kesan kepada rakyat, dan menurutnya beliau percaya unjuran pengeluaran ayam itu akan dapat dibentangkan oleh MAFI minggu depan.


Sementara itu Perdana Menteri berkata, beliau turut mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyenaraikan barangan yang telah turun harga serta barangan yang masih belum turun harga.

“Ini bertujuan membolehkan kerajaan memberi fokus untuk usaha menurunkan harga barang bagi menjamin keselesaan rakyat,” katanya.

Sementara itu ketika mengulas mengenai isu kebocoran data peribadi yang didedah syarikat penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian iPay88 Sdn Bhd, Ismail Sabri berkata, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

“Ini kerana terdapat beberapa cadangan suruh buat RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) dan macam-macam. Kita akan bawa ke Kabinet kerana perkara itu perkara besar,” katanya.

Bernama-

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori