• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Malaysia Teruja, Kagum Sambutan Hari Kebangsaan 2022

oleh Mohd Arshad
31/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Keluarga Malaysia Teruja, Kagum Sambutan Hari Kebangsaan 2022
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Keluarga Malaysia berbilang kaum yang hadir di sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka di sini, teruja kerana dapat menyambut hari bermakna negara kali ini, selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian ekoran penularan pandemik COVID-19.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ada yang sanggup bersesak termasuk datang seawal 6.30 pagi menaiki pengangkutan awam untuk mengelak kesesakan lalu lintas.

Terdapat juga pengunjung yang sanggup meletak kenderaan jauh dan berjalan hampir 30 minit, untuk menyambut Hari Kebangsaan 2022 selain menyaksikan sendiri kemeriahan sambutan ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini.

Pengunjung, Yvonne Chin, 50, kali pertama hadir menyambut Hari Kebangsaan secara fizikal, bersama sembilan ahli keluarganya yang lain begitu gembira dan teruja dengan sambutan kali ini.

Untuk merasai sendiri kemeriahan dan semangat patriotik sempena sambutan kali ini, beliau bersama ahli keluarganya sanggup berjalan hampir 30 minit untuk hadir di Dataran Merdeka.

“Saya sangat teruja dengan sambutan kali ini setelah dua tahun COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita tak dapat sambut Hari Kebangsaan.

“Keadaan sangat sesak dan ramai orang. Saya dan keluarga lain terpaksa meletak kenderaan jauh dan kena berjalan kira-kira 30 minit ke Dataran Merdeka untuk saksi sendiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-65.

“Ini kali pertama kali saya sambut Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. Tahun depan harap boleh datang lagi ke sini,” katanya kepada BH.

Mohd Hishamudin Abdullah, 25, turut melahirkan keterujaan sambutan Hari Kebangsaan kali ini kerana akhirnya dapat hadir secara fizikal dan menyaksikan secara ‘depan-depan’ kemeriahan dan perarakan besar-besaran.

Pekerja swasta yang berasal dari Kajang, Selangor itu sanggup ‘meredah’ kesesakan pengunjung dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT) seawal jam 7 pagi lagi untuk ke Dataran Merdeka.

“Ini kali pertama saya menyambut Hari Kebangsaan depan mata di Dataran Merdeka. Selalunya saya cuma tonton menerusi televisyen sahaja.

“Oleh kerana dua tahun tak ada sambutan besar-besaran sebab COVID-19, kali ini saya datang juga untuk merasai sendiri kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan 2022.

“Apa yang boleh saya gambarkan, sambutan kali ini meriah dan luar biasa. Lebih kagum apabila dapat saksikan persembahan jet pejuang,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, N Vijayalatchmy, 56, berkata ajakan anak perempuan mendorongnya untuk hadir pada sambutan Hari Kebangsaan kali ini.

Kata guru tadika yang berasal dari Damansara Damai, Selangor, beliau bersama tiga anak perempuannya yang lain sangat teruja meskipun terpaksa berhimpit dan bersesak di Dataran Merdeka.

“Ternyata berbaloi walaupun ketika datang ke sini (Dataran Merdeka) menaiki MRT (Transit Aliran Massa), sangat ramai dalam tren. Apabila sampai dan lihat sendiri sambutan kali ini, membuak-buak semangat patriotik.

“Selalunya tengok sambutan Hari Kebangsaan menerusi televisyen. Paling teruja dapatkan saksikan persembahan jet pejuang,” katanya.

-Berita Harian

Tags: keluarga malaysiaSambutan Hari Kebangsaan 2022
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

8.7 Juta Keluarga Malaysia Nikmati Manfaat Inisiatif BKM

8.7 Juta Keluarga Malaysia Nikmati Manfaat Inisiatif BKM

12/11/2022
1

MUAR : Sejak diperkenalkan menerusi Belanjawan 2022, inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sudah memanfaatkan kira-kira 8.7 juta penerima. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Program Basmi Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia Hadapi Karenah

Program Basmi Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia Hadapi Karenah

28/08/2022
0

KOTA BHARU : Kerenah tertentu di peringkat pusat dan kerajaan negeri antara cabaran yang dihadapi bagi projek rintis fasa pertama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd