• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruterbang Maut Akibat Cedera Di Tengkuk, Dada

oleh AK-47
02/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Juruterbang Maut Akibat Cedera Di Tengkuk, Dada
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Juruterbang yang maut dalam nahas pesawat ringan di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng pada Isnin meninggal dunia akibat kecederaan di tengkuk dan dada.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, keputusan itu diperoleh hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada Selasa.

“Proses bedah siasat telahpun selesai dan didapati sebab kematian adalah berpunca daripada kecederaan tengkuk dan dada akibat kemalangan penerbangan itu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada pemberita.

Insiden yang berlaku sekitar jam 8 malam itu mengorbankan seorang juruterbang, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, sementara seorang lagi, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, terselamat dengan mengalami kecederaan.

Muhammad Din Fikri yang mengalami kecederaan di kepala dan badan masih menerima rawatan di HRPB dan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, setakat jam 2 petang, ahli keluarga dan rakan Allahyarham Fajim Juffa masih setia menunggu di pekarangan Jabatan Forensik HRPB bagi proses tuntutan jenazah.

Allahyarham akan terus dibawa ke Surau Al-Kauthar, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor untuk disolatkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran.

Dilaporkan kemalangan terbabit melibatkan jenis pesawat Piper 28-161, pendaftaran 9M-BAA yang dikendalikan oleh BATS Aviation Sdn Bhd.

Kejadian berlaku ketika pesawat berkenaan sedang menjalani latihan penerbangan di Sungai Pinji selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh.

-Sinar Harian

Tags: JuruterbangmautNahas PesawatPesawat Ringan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd