• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawi Sudah Mula Siasat Gerakan Hadi Minnallah

oleh Mohd Arshad
08/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jawi Sudah Mula Siasat Gerakan Hadi Minnallah
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah mengambil tindakan termasuk segera menyiasat kegiatan gerakan sesat dikenali Hadi Minallah di ibu negara sejak semalam,

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Idris Ahmad ketika mengesahkan perkara itu berkata, tindakan itu dibuat sejurus mendapat maklumat termasuk alamat lengkap lokasi yang dikatakan menjalankan gerakan sesat itu.

Beliau bagaimanapun mengakui tiada maklumat mengenai kewujudan gerakan itu yang berselindung di sebalik nama yayasan dan beralamat di sebuah premis di Kuala Lumpur.

“Saya belum terima maklumat tetapi sebaik dapat tahu mereka ada di ibu negara, Jawi pantas bertindak dan pihak Jakim sedia menerima laporan sebagai agensi penyelaras,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pertama Pemilihan Anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan susulan penguatkuasaan Akta Profesion Guaman Syarie 2019.

Semalam, Jakim membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung aktiviti Hadi Minallah yang berhimpun di Langkawi, Kedah, Jun lalu.

Laporan turut diadukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyekat video tular mengenai kegiatan jelik kumpulan itu dalam acara konvokesyennya.

Dalam masa sama, Idris berharap masyarakat segera melaporkan kepada pihak polis jika mengesan sebarang kegiatan aneh kumpulan tertentu yang mengeksploitasi ajaran Islam.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak sekadar ‘kecoh’ menerusi wadah media sosial kerana dibimbangi boleh menyebabkan kegiatan ajaran sesat itu menarik ramai pengikut baharu sebaliknya, disarankan terus membuat laporan kepada SKMM dan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing untuk tindakan penyiasatan susulan.

Idris turut memberi amaran tegas bahawa pihak jabatan agama Islam di setiap negeri tidak akan teragak-agak bertindak demi memastikan pegangan akidah umat Islam kekal terpelihara.

“Jakim juga mengharapkan kerjasama masyarakat sekiranya mengetahui ada benda yang pelik dalam kumpulan tertentu, jangan senyap tetapi mesti berani tampil lapor segera,” katanya.

Meskipun tidak disebut secara spesifik, beliau dipercayai merujuk kes sensasi melibatkan Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah yang dipimpin oleh Habib Shah Firdaus Habib Ahmad.

Hasil siasatan daripada aduan orang awam pada awal bulan lalu telah membolehkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan menutup markas kelompok itu pada minggu lalu.

Setakat ini difahamkan terdapat lebih 40 kumpulan ajaran sesat di seluruh negara dan trend kebelakangan ini menyaksikan penyebaran secara kreatif menerusi platform media sosial.

-Utusan Online

Tags: Gerakan Hadi MinnallahJAWIsiasat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Lelaki Meluru Ke Arah Kereta Sedang Bergerak

Polis Siasat Insiden Lelaki Meluru Ke Arah Kereta Sedang Bergerak

02/01/2026
0

JOHOR BAHRU - Polis menyiasat insiden melibatkan seorang pejalan kaki yang didapati meluru secara tiba-tiba ke arah sebuah kereta yang sedang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd