• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Pilihan Khas Bincang RUU Kawalan Tembakau Minggu Depan

oleh Mohd Arshad
12/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jawatankuasa Pilihan Khas Bincang RUU Kawalan Tembakau Minggu Depan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang meneliti Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan bermesyuarat kali pertama minggu depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata beliau akan mendengar pandangan daripada ahli jawatankuasa dianggotai 12 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan, berkata terdapat perkara yang perlu diperhalusi berhubung penguatkuasaan dan tahap denda.

“(Mesyuarat pertama) Minggu depan. Kita akan dengar dulu pandangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas, tetapi kalau kita rujuk kepada surat daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, mereka pun cakap setuju pada dasarnya.

“Kebanyakan perbahasan boleh kata 95 peratus setuju pada dasarnya, cuma kita kena perhalusi sedikit, berkaitan peruntukan-peruntukan penguatkuasaan dan tahap denda dan sebagainya. Itu kita boleh bincang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat peringkat Negeri Johor di Bandar Dato’ Onn di sini, hari ini.

Jawatankuasa Pilihan Khas dianggotai 12 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.

Jawatankuasa itu dianggotai Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit); Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang); Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) dan Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas).

Ia turut dianggotai Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni; Dr Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching); Sivarasa (Sungai Buloh); Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor); Datuk Seri Madius Tangau (Tuaran); Datuk Ignatius Dorell Leiking (Penampang) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun).

Jawatankuasa itu juga boleh menjemput mana-mana pihak seperti Ahli Parlimen, pakar perundangan dan perlembagaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Masyarakat Madani serta individu lain untuk hadir dalam persidangan dari semasa ke semasa.

Pada awal bulan ini, Dewan Rakyat bersetuju RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan.

-Berita Harian

Tags: Jawatankuasa Pilihan KhasRUURUU Kawalan Tembakau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

14/12/2024
0

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd