Sample Page Title

Memang tugas Rafizi Ramli menghasut rakyat. Apatah lagi dia kini Timbalan Presiden PKR. Jika Pakatan Harapan (PH) menang PRU-15, peluangnya jadi Perdana Menteri lebih cerah berbanding Anwar Ibrahim, maka sudah tentu lagi bersemangat kayuhan hasutannya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ayuh kita “refresh” sedikit ingatan tentang pengakuan Rafizi seperti yang pernah berlegar di media sosial:

“Tugas kita adalah menghasut. Kita hasut rakyat tiap-tiap hari untuk buang BN. Nak menang kerajaan memang tugas kita untuk menghasut. Kita hasut rakyat tiap-tiap hari untuk tukar BN. Kita juga hasut Tun M. Kita juga hasut menteri-mengeri dia. Kita juga hasut orang-orang lama”

Jadi bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Rafizi kembali melakukan hasutan sejak berhenti daripada bersara. Permulaan hasutannya adalah tentang Sapura Energy, namun gagal. Bersungguh-sungguh dia mahu menghasut rakyat supaya membenci Barisan Nasional (BN) khususnya Najib Razak dalam isu berkenaan.

Kesudahannya satu persatu dakyah yang terkandung dalam hasutannya dijawab secara berfakta oleh Najib. Selepas Anwar tewas kepada Najib dalam Debat Perdana, Rafizi terus buat bodoh baling batu sembunyi tangan. Malang Anwar jadi kambing hitam auta Rafizi. Nampak bodoh dan bangang.

Kini Rafizi sedang menghasut rakyat berhubung isu projek pembinaan lima Kapal LCS TLDM pula. Hasutan kali ini lebih mudah untuk dia gerakkan sebab melibatkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang majoritinya dianggotai pemimpin PH dan Perikatan Nasional (PN).

PAC diPengerusikan Ahli Parlimen DAP PH, Wong Kah Woh, manakala Naib Pengerusinya merupakan Ahli Parlimen Bersatu PN, Datuk Seri Azizah Mohd Dun. PAC turut dianggotai Nurul Izzah Anwar. Kebetulan Rafizi dan Nurul Izzah sedang menggerakan propaganda politik baru PKR iaitu `Ayuh Malaysia’.

Ini tohmahan Rafizi dalam isu Kapal LCS:

– 10 tahun tergendala satu kapal pun tak siap
– sekurang-kurangnya RM890 juta diselewengkan

Ini penjelasan Najib:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0sXkmEC4xaa2z7EyBNUTr3Rm944FP7SYUAJWsb1biNW38HRrRVcANqSUS27FwkGpEl&id=100044428416531

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid025vFNhYUEKjnxtdUWBfBYzzK35tf2JZ21ABg458cK67A8Wi3kgFPspGqJPWo48iYal&id=100044428416531

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0e8cidF1p9BpYw5EQBNbJMVncA3wJmufGb1dfmC1iTrPnxTDdXfxq8WZ7NwHvKAWDl&id=100044428416531

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid035kCa1g8oUpyfRLgQnGR8TgCYf3mB6WjWZqosoPQDkdt11Mp9ycaQSs8B8J776aNEl&id=100044428416531

Ini pula jawapan balas Rafizi:

“Saya sudah baca putar alam #SayaPutarJib. Dia salahkan semua”


1) Salah Panglima TLDM sebab nak kapal yang lagi kuno kononnya

Kenyataan sebenar Najib:

Terdapat perbezaan pendapat antara pengerusi BNS yang juga merupakan bekas panglima tentera laut dengan panglima tentera laut baharu yang sedang menjawat masa itu. Pengerusi BNS cadangkan jenis kapal kelas Gowind yang lebih baharu dan canggih tetapi panglima laut masa itu mahukan jenis kapal kelas Sigma yang berpunca dari tahun 1970an dan lebih terbukti dan telah digunakan oleh tentera Indonesia sebab kurang yakin dengan kelas Gowind yang masa baharu masa itu.

2) Salah PH (ha3 PH masa 22 bulan arahkan siasatan, konon sebab siasatan tu yang melambatkan)

Kenyataan sebenar Najib:

Projek kapal LCS dilewatkan pada tahun 2018 selepas PRU14 sebab PH siasat, tukar hampir semua pengurusan tertinggi termasuk boss Boustead, pengerusi LTAT dan Panglima Tentera Laut. Projek dibekukan pada tahun 2019 semasa tahap kemajuan pada akhir Suku 3 2019 adalah 56.7% berbanding jadual 78% (juga sebab kelewatan kemajuan tahun 2018).
Mat Sabu kata kerajaan PH berniat memberi kelulusan untuk sambungkan projek pada awal tahun 2020 tetapi tak sempat sebab kerajaan PH tumbang. Tahun 2020, Covid. Tahun 2021, Covid. 30 April 2022: Akhirnya, kabinet kerajaan hari ini buat keputusan untuk sambungkan projek.
Lepas itu PH tanya kenapa tiada satu kapal pernah diserahkan?

3) Salah rakyat Malaysia sebab tak faham dan tak cerdik macam dia (katanya memang biasa projek persenjataan lambat dan belanja akhir lebih mahal)

Tiada satu pun kenyataan Najib menyalahkan rakyat.

Kenyataan sebenar Najib:

Pembinaan kapal perang adalah projek besar yang kompleks dan juga mengambil tempoh masa yang lama. Sebab itu, kelewatan dan kenaikan kos mampu berlaku – terutama sekali apabila kos-kos bahan pembinaan naik. Jadi, jalan terbaik ialah menilai semula dan mengawal kos serta kemajuan projek dengan lagi teliti agar kapal dapat dibina dan diserahkan sempenuhnya dan agar kepakaran ini tetap berada dalam industri tempatan supaya kapal-kapal seterusnya akan mampu dibina dengan lebih cekap dan kos penyelenggaraan adalah lebih rendah. Bukan hentikan projek seperti dicadang Anwar/PH ataupun dijadikan modal PRU15.

4) Salah semua orang, kalau dia boleh salahkan Rosmah, dengan Rosmah sekali dia salahkan. Lemah sangat putar alam Najib kali ini.

Yang lemah adalah Rafizi. Selepas tidak mampu menjawab penjelasan Najib, bini Najib pula dia nak jadikan bahan. Lemah!

Setakat ini Rafizi tidak membidas penjelasan Najib, tetapi mengambarkan konon Najib takut kepadanya sehingga terpaksa menjawab secara panjang lebar. Kebodohan apakah ini? Lumrahnya begitu, Untuk menuduh semudah sepatah perkataan, tetapi yang dituduh terpaksa memberi penjelasan terperinci untuk setiap tuduhan.

Apapun Rafizi dan rakan-rakannya sedang menuju kegagalan untuk menghasut rakyat buat kali kedua. Selepas gagal menghasut rakyat dalam isu Sapura Energy, beliau bakal gagal menghasut tentang isu Kapal LCS pula. Senjata bakal makan diri.

-Mynewshub

Artikel sebelum ini4,684 Kes Baru, 11 Lagi Kematian
Artikel seterusnyaSIAPAKAH ANGGOTA PAC?

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...