• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Mahathir Saman Zahid Hamidi Berhubung Isu ‘Kutty’

oleh Mohd Arshad
19/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dr Mahathir Saman Zahid Hamidi Berhubung Isu ‘Kutty’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman fitnah terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mempersoalkan asal usul bekas Perdana Menteri itu pada 2017.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dr Mahathir, 97, yang juga bekas Pengerusi BERSATU selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Haidir & Co di Mahkamah Tinggi di sini, pada 20 Julai lalu dengan menamakan Ahmad Zahid, 69, yang juga Presiden UMNO sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan dalam sistem mahkamah yang dilihat BH, Dr Mahathir berkata defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepada plaintif ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, rakaman video majlis itu yang mengandungi kenyataan palsu dan fitnah diterbitkan semula menerusi Youtube Astro AWANI berdurasi dua minit 41 saat.

Rakaman video berkenaan mencatatkan tontonan sebanyak 148,199 kali setakat writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan.

Dr Mahathir percaya individu dirujuk Zahid adalah beliau

Plaintif percaya dengan sesungguhnya bahawa individu dirujuk defendan dalam kenyataan fitnah itu sebagai ‘orang itu’, ‘dia’ dan ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ jelas merujuk kepadanya secara spesifik.

Kenyataan fitnah yang diterbitkan Youtube Astro AWANI boleh diakses dan ditonton oleh semua pengguna internet di setiap pelusuk dunia tanpa sebarang sekatan atau had.

Jumlah pihak yang mengetahui atau menonton rakaman video majlis yang mengandungi kenyataan fitnah itu tidak diketahui jumlah sebenarnya.

Lanjutan itu, terdapat media dan platform dalam talian lain melaporkan mengenai kenyataan fitnah berkenaan seperti Malay Mail, Free Malaysia Today dan Malaysiakini.

Pada 17 Mei lalu, Dr Mahathir dilaporkan mempertimbang akan mengambil tindakan saman terhadap Ahmad Zahid jika bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah berkenaan.

Dr Mahathir dipetik berkata, beliau tidak gemar menggunakan mahkamah walaupun ramai yang memfitnahnya kerana sedar dalam kempen politik akan ada yang bertindak di luar batas dan had.

Namun, beliau berasa perlu ada tindakan kerana sikap pembohong Ahmad Zahid amat memualkan dan tidak boleh dibiar begitu sahaja.

Kenyataan fitnah jejaskan kredibiliti Dr Mahathir sebagai negarawan

Dr Mahathir menerusi pernyataan tuntutan berkenaan itu juga berkata, Ahmad Zahid yang berniat jahat dengan mengeluarkan kenyataan fitnah mendedahkannya kepada rasa tidak puas hati dan dibenci oleh masyarakat.

Susulan itu, beliau berkata, kedudukannya sebagai seorang negarawan dan tokoh politik yang berpengaruh di mata dunia dipandang serong.

Kenyataan itu merendahkan, mencederakan dan mencemarkan reputasi, nama baik, maruah, integriti serta imej baik plaintif, selain ia bertujun melemahkan pengaruh politiknya secara berterusan sehingga mengalami kerugian besar dan teruk.

Kenyataan fitnah itu dalam maksud semula jadi dan biasa adalah sepanjang masa merujuk kepada plaintif dan diertikan, dimaksudkan atau difahamkan untuk membawa maksud seperti berikut:

Plaintif bukan dilahirkan sebagai seorang Melayu atau Islam dengan nama asal didakwa sebagai Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Plaintif menggunakan orang Melayu semasa menjadi Perdana Menteri untuk mendapatkan keuntungan politik dan peribadi.

Kenyataan Zahid seperti memperkecilkan golongan India Muslim

“Plaintif memperkecilkan rakyat Malaysia yang berketurunan atau berbangsa India Muslim dan plaintif berasa malu serta terhina dengan keturunan nenek moyang yang mempunyai darah India,” kata Dr Mahathir dalam kenyataan tuntutan saman berkenaan.

Selain itu, bekas Perdana Menteri itu berkata, kenyataan fitnah Ahmad Zahid secara tersirat memberi maksud kredibilitinya untuk memimpin negara dan parti yang mengutamakan orang Melayu secara keseluruhan dipersoalkan dan diragui.

Ia juga difahamkan beliau adalah pembohong, tidak boleh dipercayai, mementingkan diri, tidak beretika semasa memegang jawatan awam serta tidak layak untuk menjadi pemimpin atau tokoh masyarakat.

Implikasi kenyataan fitnah itu menjatuhkan reputasi plaintif sebagai ahli politik dan ahli Parlimen bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat, meningkatkan kemakmuran dan prestasi negara.

Ia juga merendahkan prestasi, martabat, integriti, kredibiliti, kebolehpercayaan dan kebolehan plaintif untuk memimpin negara. Selain itu, kenyataan Zahid turut menyebabkan plaintif mendapat serangan peribadi sehingga dibenci, dikecam dan direndahkan oleh masyarakat.

Menjadikan plaintif seorang yang stereotaip, mendiskriminasi, rasisme dan memandang rendah kaum India Muslim di Malaysia terutama memberi sentimen atau tanggapan plaintif tidak jujur, mementingkan diri, licik dan penuh dengan tipu helah demi kepentingan peribadi.

Pengurusan kes seterusnya 13 September ini

Sementara itu, peguam Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi ketika dihubungi berkata, pengurusan kes saman itu diadakan di depan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nor Afidah Idris, pagi ini secara dalam talian.

“Pengurusan kes seterusnya pada 13 September ini manakala jawapan pembelaan (Ahmad Zahid) adalah pada atau sebelum 8 September ini. Permohonan interlokutori (permohonan sebelum perbicaraan) boleh difailkan pada bila-bila masa sebelum tarikh akan datang,” katanya.

Ahmad Zahid diwakili peguam bela, Aina Dalila Daman Huri.

BHonline-

Tags: Ahmad Zahid HamidisamanTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Protes Gerakan #KerajaanGagal Esok

Next Post

182 Laporan Penipuan Tawaran Pekerjaan, 168 Masih Terkandas Di Luar Negara

Related Posts

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

23/12/2024
0

SINGAPURA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman syarikat penyedia perkhidmatan korporat, Amicorp Group dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Toine Knipping membabitkan...

Next Post
182 Laporan Penipuan Tawaran Pekerjaan, 168 Masih Terkandas Di Luar Negara

182 Laporan Penipuan Tawaran Pekerjaan, 168 Masih Terkandas Di Luar Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd