• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Lulus 3 RUU Termasuk Cukai Jualan, Perkhidmatan

oleh Mohd Arshad
04/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dewan Rakyat Lulus 3 RUU Termasuk Cukai Jualan, Perkhidmatan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan (Pindaan) 2022 yang mengandungi 10 Fasal dan RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022 yang mengandungi tujuh Fasal.

Ikuti Mynewshub: Telegram

RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022, bagi meminda Akta Cukai Jualan 2018 (Akta 806), membabitkan pindaan ke atas empat seksyen sedia ada dan mewujudkan lima seksyen, satu jadual serta satu bahagian baharu dalam akta berkenaan.

Manakala RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022 pula bagi meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807), antara lain bertujuan memberi fasilitasi kepada industri dan pembayar cukai lanjutan tempoh masa daripada yang ditetapkan mengikut akta itu.

Kedua-dua RUU itu yang dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah diluluskan sebulat suara oleh Ahli Parlimen.

Mohd Shahar berkata, antara pindaan Akta 806 adalah bagi meluaskan skop kenaan cukai jualan dengan mengenakan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) yang dijual secara dalam talian dan barang berkenaan diimport masuk ke Malaysia.

Bagi Akta 807 pula, Mohd Shahar berkata, pindaan berbentuk pentadbiran am yang bertujuan memberi kemudahan kepada pemain industri dan pembayar cukai.

Sementara itu, Dewan Rakyat hari ini turut meluluskan RUU Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 (Akta 592).

RUU yang mengandungi tujuh fasal itu antara lain bertujuan meminda Akta 592 untuk memberi Menteri Kewangan kuasa untuk melanjutkan tempoh pembayaran cukai mengikut akta berkenaan jika berlaku kecemasan atau krisis kesihatan awam.

Pindaan itu bertujuan membolehkan Menteri Kewangan menambah, memotong atau mengubah apa-apa terma dan syarat dikenakan menurut Akta 592 bagi melaksanakan tujuan Akta 592, dengan syarat bahawa notis munasabah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu.

RUU Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022 yang dibentangkan Mohd Shahar diluluskan selepas tujuh Ahli Parlimen berbahas.

BHonline-

Tags: cukai jualanDewan RakyatperkhidmatanRUU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mangsa Banjir Baling Dibenarkan Pulang

Next Post

Zelensky Gesa China Bantu Tamatkan Perang Di Ukraine

Related Posts

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

24/04/2025
2

KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi...

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Next Post
Zelensky Gesa China Bantu Tamatkan Perang Di Ukraine

Zelensky Gesa China Bantu Tamatkan Perang Di Ukraine

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd