• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi Barangan Kemas Ibu Saudara Bayar Hutang Along

oleh AK-47
31/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Curi Barangan Kemas Ibu Saudara Bayar Hutang Along
Share on FacebookShare on Twitter

Ampang Jaya : Bahana akibat berhutang dengan along kerana ketagih berjudi menyebabkan seorang wanita sanggup mencuri barangan kemas milik ibu saudaranya di rumah mangsa di Taman Ampang Mewah, di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ibu saudaranya berusia 64 tahun mendapati mangga pada bekas besi yang mengandungi barang kemas miliknya dirosakkan pada 4 petang Ahad lalu.

Menurutnya, selepas pemeriksaan, dia dapati beberapa barang kemas miliknya tiada menyebabkan kerugian keseluruhan RM77,500.

“Susulan itu, pada 7 malam semalam, sepasukan pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ampang menahan suspek berusia 40 tahun yang tidak bekerja di tepi Jalan Besar Taman Dagang.

“Suspek yang juga anak saudara mangsa ditangkap bersama sebahagian barang kemas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek mengakui mencuri emas terbabit.

“Wang dari hasil curi terbabit habis digunakan untuk membayar hutang along kerana bermain judi dan perbelanjaan harian.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Ampang pagi ini bagi reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun keseksaan.

-Harian Metro

Tags: barang kemascuriHutang Along
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Mangsa “Phone Scam” Sanggup Jual Barang Kemas Ibu

Mangsa “Phone Scam” Sanggup Jual Barang Kemas Ibu

27/06/2025
0

BESUT: Seorang mangsa "phone scam" sanggup bertindak menjual barang kemas milik ibunya kerana takut namanya dikaitkan dengan kes penggubahan wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd