• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CUEPACS Hantar Cadangan Penambaikan Perkhidmatan Awam

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
CUEPACS Hantar Cadangan Penambaikan Perkhidmatan Awam
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Setar : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menghantar cadangan berkaitan penambaikan dalam perkhidmatan awam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk diumumkan pada 30 Ogos ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presidennya Adnan Mat berkata, cadangan tersebut termasuk pengenalan gaji minima baharu dan kenaikan imbuhan tetap khidmat awam yang dilihat dapat memberikan kelegaan kepada penjawat awam khususnya dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

“Hari ini (semalam) CUEPACS telahpun mengutuskan satu surat cadangan balas tentang apakah yang sesuai untuk kerajaan umum pada 30 Ogos nanti. Sepatutnya memang ada pertemuan dengan perdana menteri hari ini (semalam) tapi beliau agak sibuk, justeru itu kami telahpun mengutus emel kepada perdana menteri.

“Sebenarnya kami tidak begitu ekstrem dalam membuat tuntutan ini kerana kami juga tahu kerajaan juga ada kekangan dan rakyat juga di luar sana agak terkesan dengan Covid-19 yang telah melanda lebih daripada dua tahun ini, maka kami telah mengambil kira dari segi kesan kepada kewangan negara, kesan kepada pencen yang akan datang, kesan kepada kerajaan sendiri,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Semenanjung Malaysia.

Adnan berkata, setakat ini CUEPACS tidak mendapat sebarang maklumat berhubung perkara yang akan diumumkan perdana menteri, namun pihaknya akan menyambut baik sebarang pengumuman, terutama jika sebahagian tuntutan yang dikemukakan sebelum ini ditunaikan.

Katanya, pihaknya juga berharap kerajaan dapat memperkenalkan sistem saraan baharu bagi menggantikan sistem saraan sedia ada yang telah digunakan sejak 2002 dan dilihat tidak lagi relevan dan komprehensif dengan keadaan semasa.

“Kalau bukan dilaksanakan sekarang, sekurang-kurangnya kerangka perlu diumum dengan mengadakan libat urus bersama CEUPACS ke arah membentuk sistem saraan yang baharu, itulah harapan kami menjelang 30 Ogos yang akan datang,” katanya.

Pada 21 Ogos lalu, Ismail Sabri memberi bayangan akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam dijadualkan Selasa ini.

-Harian Metro

Tags: cadanganCuepacsPenambaikan Perkhidmatan Awamperkhidmatan awam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Cadangan Tangani Rumah Sembelihan Tiada Sijil Halal Sedang Diusahakan – Menteri

Cadangan Tangani Rumah Sembelihan Tiada Sijil Halal Sedang Diusahakan – Menteri

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa cadangan dan saranan sedang diusahakan bagi menangani isu pengusaha rumah sembelihan yang tidak mempunyai Sijil Pengesahan...

Zainul Rijal Setuju Cadangan Penempatan Khas Pelarian Rohingya, UNHCR Tanggung Kos

Zainul Rijal Setuju Cadangan Penempatan Khas Pelarian Rohingya, UNHCR Tanggung Kos

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar bersetuju cadangan mewujudkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd