Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Saya Akan Ceraikan Dia!’...

ZAKAR milik lelaki warga Pakistan yang putus dipotong oleh isterinya menggunakan pisau cukur...

Rajapakse Berundur, Drama Politik...

COLOMBO - Krisis di Sri Lanka reda, hari ini, selepas Mahinda Rajapakse berundur...

10 Lelaki Ditahan Halang...

SHAH ALAM - Polis menahan 10 lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung sekumpulan...

Anggota JPJ Maut Motosikal...

SUNGAI PETANI - Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut selepas motosikalnya berlanggar...

CAAM Mula Siasat Nahas Pesawat

IPOH : Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memulakan siasatan hari ini di lokasi insiden pesawat ringan terhempas di Jalan Raja Dr Nazrin Shah di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati sehingga kini bangkai pesawat masih belum dialihkan.

Beberapa pegawai terutama CAAM sedang melakukan siasatan terhadap bangkai pesawat berkenaan.

Beberapa anggota pihak berkuasa lain turut berada di lokasi insiden yang dikawal ketat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Laluan jalan raya berhampiran kawasan insiden turut di kawal ketat oleh polis trafik bagi memastikan kelancaran siasatan yang dijalankan.


Media hari ini melaporkan, CAAM pagi ini mula menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata, polis membantu mengawal tempat berkenaan agar tiada pencerobohan ke atas bangkai pesawat terbabit.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam tadi pesawat ringan Piper 28 terhempas berhampiran rumah pam Sungai Rokam milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang terletak bersebelahan sebuah kediaman penduduk.

Insiden berkenaan mengakibatkan jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa berusia 62 tahun cedera.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori