• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Teliti Sebelum Terima Kemasukan 6 Parti

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
BN Teliti Sebelum Terima Kemasukan 6 Parti
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Barisan Nasional (BN) akan membuat penelitian secara menyeluruh sebelum menerima permohonan enam parti termasuk Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang mahu menjadi parti komponen dalam gabungan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, penilaian akan dibuat terhadap semua parti itu oleh Seketeriat BN selepas mendapat arahan daripada Dewan Tertinggi BN.

“Dewan Tertinggi BN telah mengeluarkan arahan kepada Seketeriat BN untuk berikan merit kepada parti-parti itu sebelum mẹmbuat pertimbangan untuk menerima atau menolak permohonan bagi menyertai gabungan BN.

“Setakat ini belum ada apa-apa keputusan. Kita akan perhalusi satu persatu permohonan. Ini kerana keputusan yang hendak dibuat nanti mesti dilakukan secara konsensus membabitkan semua pihak atau parti komponen dalam BN,” katanya dalam sidang akhbar sebelum mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras BN Johor di Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Johor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi UMNO dan BN Johor, Datuk Hasni Mohammad; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahad lalu, media melaporkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat enam parti sudah memohon untuk menyertai BN.

Walau bagaimanapun, keputusan hanya akan dibuat pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memaklumkan kesemua permohonan terbabit sedang diperhalusi oleh pihak urus setia BN.

-Utusan Online

Tags: BNpartiTeliti
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

MCMC Teliti Aduan Akaun WhatsApp Digodam, Disekat

MCMC Teliti Aduan Akaun WhatsApp Digodam, Disekat

25/09/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti aduan orang ramai berhubung akaun WhatsApp yang dilaporkan digodam, disekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd