Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang sedang menggerakan propaganda politik baru PKR Ayuh Malaysia bersama Nurul Izzah Anwar (salah seorang anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) membuat kenyataan mengapa projek Kapal LCS lewat siap.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Pertama, penukaran reka bentuk kapal dari kelas Sigma yang dipilih oleh TLDM kepada kelas Gowind (yang ditolak TLDM tetapi diluluskan Menteri Pertahanan)
Kedua, pelantikan kontraktor dan perincian kontrak berat sebelah yang merugikan negara dan TLDM.
Selepas beberapa kali dibaca keseluruhan kenyataan Rafizi Ramli itu, tidak ada sepatah pun ayat beliau menjelaskan mengapa dua faktor yang di atas menyebabkan kelewatan projek LCS seperti yang beliau dakwa.
Sebaliknya apa yang terkandung dalam kenyataanya adalah permainan andaian, persepsi tanpa mengemukakan sebarang fakta untuk menghentam BN:
1) Ada pihak berkepentingan yang mahukan sub-kontraktor dari Perancis dipilih untuk membekalkan reka bentuk dan membina kapal LCS ini, walaupun keputusan TLDM adalah untuk kapal kelas Sigma.
(Ahmad Zahid Hamidi selaku bekas Menteri Pertahanan telah pun memberi kenyataan mengenai perkara itu kepada PAC. Perubahan reka bentuk adalah keputusan yang dicapai susulan cadangan dan syor daripada kontraktor pembinaan kapal LCS iaitu Boustead Naval Shipyard (BNS) dan French Naval Group berhubung kelebihan reka bentuk GOWIND dan kesesuaiannya untuk perairan Malaysia. Ia diyakini kerana Pengerusi Eksekutif BNS dijawat oleh bekas Panglima Tentera Laut yang paling berpengalaman dan berpengetahuan)
2) Surat Lantikan (“Letter of Award”) dari Kerajaan Malaysia (melalui Kementerian Pertahanan) untuk melantik BNS sebagai kontrak projek kapal perang LCS hanya dikeluarkan pada 16 Disember 2011. Ini bermakna DCNS bukan sahaja telah mendapat maklumat sepenuhnya mengenai rundingan pembinaan kapal perang ini, malah DCNS telah pun menghantar sebutharga dan diberikan Surat Niat sebelum pun BNS dilantik menjadi kontraktor utama.
(Projek LCS dilaksanakan secara Rundingan Terus yang bermaksud satu proses lantikan pihak kontraktor/syarikat bagi bekalan/ perkhidmatan (bukan perunding) / kerja, tanpa melalui perlu melalui tatacara perolehan kerajaan. Ketika itu Seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 membenarkan perolehan menerusi rundingan terus adalah dibenarkan. Oleh demikian, ia bukan menjadi satu kesalahan sekiranya kerajaan ingin melaksanakan rundingan terus. Tatacaranya dan Garis Panduan bagi Rundingan Terus ini telah jelas dinyatakan di dalam Perolehan Kerajaan (PK) 7.15 yang membenarkan bagi beberapa keadaan iaitu keperluan mendesak, bagi maksud penyeragaman, satu punca bekalan atau perkhidmatan, MELIBATKAN KESELAMATAN ATAU STRATEGI atau kontrak dengan syarikat pembuat Bumiputera)
3) Sub-kontraktor dari Perancis ini bukan asing lagi dalam skandal pembinaan kapal di Malaysia. Akhirnya, sub-kontraktor yang dilantik adalah DCNS, iaitu kontraktor yang sama terlibat dalam pembinaan dan perbekalan kapal selam Scorpene.
(Tentu semua masih ingat Isu kapal selam milik TLDM Scorpene yang didakwa oleh Pakatan Harapan (PH) tidak mampu ‘menyelam’. Tetapi selepas PH menang PRU-14 dan menjadi kerajaan, Menteri Pertahanannya, Mohamad Sabu akhirnya mengakui dan mengesahkan kepada Dewan Rakyat kapal selam itu sebenarnya boleh selam lalu berlaku kekecohan di Parlimen)
Kesimpulannya, Rafizi Ramli tidak membalas sepatah pun pendedahan berfakta Najib Razak mengenai kelewatan projek kapal LCS berpunca daripada tindakan berbaur politik PH menukar hampir seluruh pengurusan projek itu sebelum membekukannya bermula tahun 2019. Projek itu hanya disambung semula oleh kerajaan sedia ada baru-baru ini.
Sebaliknya Rafizi Ramli terus bermain dengan andaian dan persepsi untuk menghasut fikiran rakyat seperti yang beliau lakukan pada PRU-14. Welcome back Raja Formula!
-Mynewshub