• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Berkenan Terima Anugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat Daripada Turkiye

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Agong Berkenan Terima Anugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat Daripada Turkiye
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima penganugerahan Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Marmara, Turkiye, sebagai mengiktiraf sumbangan Seri Paduka Baginda dalam bidang Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan menerusi Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa ijazah tersebut bukan sahaja begitu bermakna buat diri Baginda, tetapi juga merupakan penghormatan tertinggi yang diberikan kepada Malaysia dan rakyatnya.

“Ini kerana ia adalah cerminan tahap pengiktirafan dan penghormatan bersama tertinggi antara kedua-dua negara yang sememangnya bersaudara.

“Sebagai negara Islam yang moden serta progresif, Malaysia dan Turkiye boleh memupuk kerjasama lebih kukuh dalam bidang pendidikan,” kata kenyataan tersebut.

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa inisiatif sedemikian boleh menjadi pemangkin kepada umat Islam yang bersatu dan lebih kuat, kerana pendidikan menjadi jalan penting untuk mewujudkan susunan sosial yang universal dan padu.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan, agar Turkiye akan menerima lebih ramai pelajar Malaysia untuk belajar di pelbagai institusi pendidikannya dan penyelidik bersama, sarjana dan pelajar, pertukaran dan perkongsian penemuan adalah beberapa elemen yang boleh diusahakan oleh institusi pendidikan,” kata kenyataan tersebut.

Menyentuh lawatan negara ke Turkiye, Seri Paduka Baginda bertitah ia bertujuan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara Malaysia dan Turkiye yang telah menjalin hubungan diplomatik sejak 1964.

“Sejak itu, silaturahim kedua-dua negara telah diperkukuh dengan hubungan politik, ekonomi dan budaya yang lebih erat.

“Ikatan antara rakyat Malaysia dan Turkiye terus berkembang dengan semakin banyak lawatan. Peningkatan lawatan dan interaksi akan membolehkan kedua-dua negara mengenal pasti bidang kerjasama baharu yang memberi manfaat kepada rakyat,” kata kenyataan tersebut.

-Utusan Online

Tags: AgongAnugerah Ijazah Kedoktoran KehormatIjazah Kedoktoran KehormatTurkiye
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Penghargaan Kepada Warga ATM, Pesara Sempena Hari ATM Ke-93

Agong Zahir Penghargaan Kepada Warga ATM, Pesara Sempena Hari ATM Ke-93

16/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas khidmat...

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd